LaburSantai
hutang kad kredit

5 Akibat Lambat Bayar Hutang Kad Kredit

Isi Kandungan :

Lewat bayar hutang terutamanya hutang kad kredit bukanlah perkara yang asing bagi kita. Hal ini terjadi kerana kita hilang kawalan ketika berbelanja.

Malah cara pembayaran yang mudah juga mengalpakan kita sehingga tanpa sedar berbelanja melebihi had.

Dari situlah bermula segala masalah dan apa akibat yang akan terjadi jika kita lambat membayar hutang kad kredit?

hutang kad kredit
Kredit: Getty Images

1. Kadar Faedah Tinggi

Jika anda sangat culas untuk membayar hutang kad kredit, anda boleh dikenakan faedah setinggi 18% setahun.

Manakala kalau anda membayar tepat pada waktunya, faedah yang dikenakan lebih rendah.

Berikut adalah kadar faedah yang dikenakan kepada pemegang kad kredit:

  • 15% setahun jika anda telah menjelaskan bayaran minimum selama 12 bulan berturut-turut
  • 17% setahun jika anda menjelaskan bayaran minimum sekurang-kurangnya 10 bulan dalam tempoh 12 bulan
  • 18% setahun jika rekod pembayaran anda sangat teruk

2. Skor Kredit Rendah

Ada yang cakap kad kredit sangat membantu untuk mencantikkan skor kredit kita.

Tapi macam mana pula kalau kita ini jenis culas nak bayar hutang kad kredit?

Jawapannya hutang ini akan memberi kesan dalam rekod kewangan anda di CCRIS dan laporan kredit di CTOS.

Kedua-dua CCRIS dan CTOS adalah laporan yang akan diteliti oleh pihak bank sebelum meluluskan pinjaman.

Andai kata terdapat penangguhan pembayaran, permohonan pinjaman untuk membeli kereta dan rumah berkemungkinan besar akan ditolak.

3. Caj Bayar Lewat

Setiap bank akan kenakan caj bayar lewat jika anda sangat culas untuk membayar hutang kad kredit.

Bagi sesetengah orang, caj bayaran ini kecil sahaja jumlahnya kerana bank seperti CIMB akan kenakan caj sebanyak 1% ataupun RM10. P

aling banyak pun cuma RM100 sahaja.

Alah bayar lambat sikit, tak luak pun duit.

Ya pendapat itu separa benar kerana jika anda berterusan bayar lewat, caj akan dikenakan sehingga baki tertunggak dibayar sepenuhnya.

Paling teruk sekali, anda terpaksa membayar caj bayar lewat melebihi tarikh akhir dan jumlah terkumpul sangat sukar untuk dilangsaikan.

4. Elakkan Diri Daripada Pemiutang

Anda pasti tidak mahu hidup yang bahagia ini seringkali terganggu dengan panggilan-panggilan menjengkelkan daripada pemiutang.

Kalau tak mahu hidup terganggu, bayar sahaja kad kredit tepat pada masanya ataupun tidak payah langsung memiliki kad kredit.

Mungkin panggilan telefon tidak meresahkan anda.

Jangan risau kerana pihak bank akan hantar pengutip hutang kepada anda.

Tindakan ini mungkin akan menyedarkan dan memberi penyesalan kepada anda untuk cepat-cepat bayar kad kredit.

hutang kad kredit
Kredit: Getty Images

5. Muflis

Menurut Akta Insolvensi 1996, seseorang itu boleh diisytiharkan muflis apabila memiliki hutang tertunggak sebanyak RM30,000 yang tidak dibayar dalam tempoh 6 bulan.

Mungkin ada yang gelak tapi jika anda terus abaikan pembayaran kad kredit, nescaya boleh capai jumlah itu.

Apabila sudah muflis, anda akan kehilangan beberapa hak seperti keluar dari Malaysia, akaun dibekukan dan segala harta diuruskan oleh Ketua Pengarah Insolvensi (DGI) untuk membayar hutang anda.

Baca juga 5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Untuk Bebas Dari Hutang

Kesimpulannya, bayarlah hutang kad kredit tepat pada masanya. Andai kata anda memang ada masalah susah bayar hutang, maka elakkan ambil kad kredit. Bak kata orang dulu-dulu;

Biasa di sayak dibawa pulang,

Biasa kepada awak dibawa kepada orang

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.