LaburSantai
cara simpan duit untuk anak

5 Cara Simpan Duit Untuk Anak Dengan Mudah

Isi Kandungan :

Budak-budak memang tak boleh pegang banyak duit, pasti akan dihabiskan begitu sahaja. Sama juga seperti ibu bapanya, kadang-kadang terguna duit anak. Jadi apa cara simpan duit untuk anak dengan mudah dan selamat?

1. Akaun simpanan

Akaun simpanan adalah tempat paling ideal untuk anak simpan milik anak. Hal ini demikian kerana anda hanya memerlukan RM1 sahaja untuk membuka akaun simpanan.

Selain itu, wang dalam akaun simpanan sangat mudah dikeluarkan.

Namun anda perlu kawal anak agar tidak mengeluarkan wang sesuka hati agar simpan tidak berkurangan.

Setiap duit yang disimpan dalam akaun akan dilindungi oleh PIDM melalui insurans sehingga bernilai RM100k.

Paling penting sekali, pastikan anda memilih bank yang sah dan berdaftar.

cara simpan duit untuk anak
Kredit: Quora

2. Fixed Deposit

Bagi ibu bapa yang risau duit terlalu mudah dikeluarkan di akaun simpanan, anda gunakan fixed deposit.

Cara simpan duit untuk anak melalui fixed deposit lebih selamat kerana anda perlu letakkan jumlah minimum dalam bank hingga mencapai tempoh matang untuk dapatkan faedah.

Walau bagaimanapun, jumlah minimum yang ditetapkan setiap bank adalah berbeza.

Mungkin bank ini letakkan RM20 dan bank lain pula letakkan RM200.

Selain itu, simpan melalui fixed deposit sangat sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang terutama jika ingin digunakan untuk masa depan anak.

3. Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Anda merasakan simpan duit seperti biasa tampak akan rugi kerana terdedah dengan inflasi?

Penyelesaiannya anda boleh simpan di ASB.

Tapi ASB kan salah satu instrumen pelaburan, boleh ke simpan duit dalam tu?

Jawapannya boleh kerana risiko ASB sangatlah rendah dan anda hanya perlukan RM10 untuk membuka akaun.

Tambahan pula, ASB dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.

Bermakna segala kerugian daripada ASB tidak akan dirasa oleh anak anda sebagai pendeposit.

Nak tahu lebih lanjut tentang ASB, boleh baca DI SINI

4. Tabung Haji

Bagi mereka yang beragama Islam, Tabung Haji adalah paling sesuai sebagai cara simpan duit untuk anak.

Buka setakat simpan kosong kerana apabila duit anak anda sudah mencapai RM1300, anda boleh daftarkan untuk giliran haji.

Selain itu, simpanan di Tabung Haji tidak akan dikenakan sebagai cukai dan zakat kerana semuanya ditanggung oleh kerajaan.

Anda juga bebas menyimpan seberapa banyak yang dimahukan.

cara simpan duit untuk anak
Kredit: SSPN

5. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Kepada mereka yang melanjutkan pelajaran ke universiti, pasti sangat mengenali SSPN.

Hal ini demikian kerana SSPN diperlukan untuk membuat pinjaman PTPTN.

Sebenarnya SSPN juga boleh digunakan untuk simpan duit anak.

Melalui simpanan di SSPN, anak anda akan memperoleh pelbagai manfaat seperti kemudahan pelindungan takaful, pelepasan cukai dan simpanan dijamin kerajaan.

Malah sangat mudah untuk memohon pinjaman pendidikan di masa hadapan.

Kesimpulannya bagilah pelbagai cara simpan duit untuk anak tapi kalau ibu bapa tiada inisiatif untuk menyimpan, tak jadi juga. Paling penting sekali, bina tabung simpanan untuk anak anda agak tidak terciduk di masa hadapan.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.