LaburSantai
perbezaan kad kredit dan kad debit

5 Perbezaan Kad Kredit Dan Kad Debit

Isi Kandungan :

Kalau tengok sekali imbas memang tak nampak langsung perbezaan kad kredit dan kad debit. Ye lah fungsi utamanya seakan sama sahaja iaitu leretkan kad dan anda boleh berbelanja tanpa segan-silu.

Adakah itu sudah cukup mengatakan kad kredit dan kad debit adalah sama?

Jawapannya tidak kerana terdapat banyak perbezaan antara kedua-duanya.

Perbezaan inilah yang membuatkan ramai alpa sehingga berlaku kemuflisan.

Kalau elak muflis, anda perlu tahu 5 perbezaan antara kad kredit dan kad debit.

1. Pemilikan Wang

Semua orang tahu bahawasanya duit yang ada dalam kad debit adalah milik kita.

Jadi tak ada masalah untuk anda gunakan tanpa rasa serba salah.

Berlainan pula dengan kad kredit kerana wang itu adalah milik bank ataupun institusi kewangan.

Duit itu dipinjamkan kepada anda untuk membuat pembelian.

Disebabkan namanya adalah pinjaman, anda wajib mengembalikan wang tersebut kepada pihak bank.

Kalau lambat bayar, bersedialah menghadapi peratusan bunga setinggi 18%.

2. Had Wang

Bagi kad debit, had wang adalah mengikut berapa jumlah yang ada dalam akaun anda.

Jadi tidak akan berlaku pembaziran ketika membeli barang kerana kebanyakkan dari kita miliki wang yang sangat sikit dalam akaun.

Bagi kad kredit pula, had pinjaman yang dibenarkan adalah dua kali ganda daripada gaji anda selama sebulan.

Bermakna jika gaji anda adalah RM2000, maka had pinjaman yang diberikan adalah RM4000.

Tapi anda dibenarkan untuk miliki 2 kad kredit, jadi anda ada RM8000.

Bagi mereka yang miliki pendapatan melebihi RM36,000 setahun, anda boleh mohon seberapa banyak kad kredit dimahukah.

Tapi masih bergantung kepada nilai dua kali ganda ganji sebulan.

perbezaan kad kredit dan kad debit
Kredit: Asia Public

3. Perbelanjaan

Segala perbelanjaan anda melalui kad debit akan ditolak secara automatik dalam tempoh masa yang singkat.

Jadi hutang lapuk tidak akan terjadi.

Kad kredit pun masih miliki fungsi yang sama cumanya wang tersebut adalah milik bank.

Bermakna bank melalui kad kredit akan membayar dulu perbelanjaan anda.

Kemudian anda perlu membayar semula wang itu dalam tempoh masa yang ditetapkan.

4. Perlindungan

Oleh kerana syarat memiliki kad debit adalah mudah, perlindungan yang diberikan juga kurang.

Bermakna hampir setiap transaksi melibatkan kad debit tiada perlindungan langsung dan anda akan mudah terpedaya dengan penipuan.

Berlainan pula dengan kad kredit kerana segala transaksi tidak melibatkan wang simpanan secara langsung.

Malah setiap transaksi meragukan boleh dilaporkan kepada pihak bank dengan mengemukankan aduan pertikaian (dispute report) untuk siasatan lanjut.

Selain itu, kebanyakkan bank menyedia insurans untuk pemegang kad kredit.

Boleh baca lebih lanjut mengenai insurans kad kredit DI SINI

5. Skor Kredit

Perbezaan kad kredit dan kad debit yang terakhir adalah skor kredit.

Kad debit langsung tidak membantu anda untuk dapatkan skor kredit dengan apa cara sekalipun.

Manakala melalui kad kredit anda boleh dapat skor kredit yang baik untuk membuat permohonan pinjaman.

Tapi ada syaratnya iaitu anda perlu konsisten membayar hutang kad kredit setiap bulan.

Jika tidak, skor kredit anda akan rendah dan menyukarkan anda untuk buat sebarang pinjaman.

Baca juga Apa Itu Kad Kredit: Kebaikan & Keburukannya

Kesimpulannya, banyak sebenarnya perbezaan kad kredit dan kad debit walaupun miliki fungsi yang sama iaitu digunakan untuk membuat bayaran.

Paling penting jangan berbelanja mengikut nafsu sehingga duit kurang dalam kad debit dan perlu membayar jumlah hutang kad kredit yang tinggi. Akhirnya kita juga yang merana.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.