LaburSantai
bebas dari hutang

5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Untuk Bebas Dari Hutang

Isi Kandungan :

Untuk mencapai kebebasan kewangan, perkara pertama yang perlu dibuat adalah bebas dari hutang. Tapi masalahnya sekarang mustahil untuk tidak berhutang langsung.

Ya betul kerana beberapa keperluan seperti tempat tinggal dan kenderaan memerlukan kita berhutang untuk memilikinya.

Walau bagaimanapun, pilihan juga ada di tangan kita bagi meminimum hutang. Nak capai hasrat itu, terdapat beberapa perkara perlu dielak iaitu;

bebas dari hutang
Kredit: Ilmu Alam

1. Hutang Baru

Hari ini nak berhutang memang mudah, cukup dengan hanya memiliki akaun shopee di telefon pintar masing-masing. Benda ini yang sebenarnya menjerat kita hanya kerana merasakan pendapatan sebulan lepas untuk buat hutang baru.

Itu belum cerita lagi tentang ada yang sanggup berhutang semata-mata mahu memiliki telefon pintar model terbaru.

Lepas memang lepas tapi adakah kita mampu?

Kalau tak mampu, elakkan buat hutang baru dan gunakan wang lebihan tersebut sebagai simpanan

Baca juga Bagaimana Cara Menyimpan Dana Kecemasan Dengan Efektif

2. Shopping

Ada yang cakap, shopping merupakan terapi terbaik untuk meredakan tekanan terutamanya ketika musim penyakit hari ini.

Pendapat ini separa benar jika kita berbelanja kita shopping tidak melebihi had.

Bagaimana pula kalau shopping seperti tiada lagi hari esok?

Pasti akan jadi lebih tertekan di masa hadapan. Paling teruk sekali adalah kita shopping menggunakan kad kredit, memang lagi susah nak bebas dari hutang.

Nak shopping boleh tapi pastikan apa yang dibeli itu akan digunakan di kemudian hari.

3. Upgrade Kehidupan

Memang sudah jadi kebiasaan apabila pendapatan sudah meningkat, kita pun sedaya upaya untuk upgrade kehidupan ke arah lebih selesa.

Nak upgrade kehidupan tak salah tetapi jangan sampai sanggup buat banyak hutang sehingga tiada simpanan langsung.

Oleh sebab itu jangan pelik hari ini kita melihat golongan M40 dan T20 yang tiada simpanan kerana hutang mereka sama dengan pendapatan.

Bak kata orang dulu-dulu

“Besar peruk, besarlah keraknya”

4. Bandingkan Dengan Orang Lain

“Bang, tengok jiran sebelah rumah tu dah tukar kerusi baru. Kita ni bila lagi? Dah 10 tahun pakai kerusi rotan, bosanlah.”

Situasi di atas seringkali terjadi ketika hari raya menjelang tiba.

Bagi mencapai taraf yang sama dengan jiran, kita pun beli sofa baru.

Walaupun harganya agak keras, apa yang penting kita tidak malu kerana masih guna kerusi lama.

Perbandingan seperti inilah yang menyebabkan hutang semakin bertambah. Itu baru sofa, belum lagi kereta.

Jadi elakkan situasi seperti ini dan anggap sahaja kita hidup untuk tuhan dan bukannya untuk memuaskan orang sekeliling.

bebas dari hutang
Kredit: Youtube

5. Kehendak

Perkara terakhir yang perlu dielakkan untuk bebas dari hutang adalah kehendak.

Kehendak ini merangkumi kemahuan kita memiliki atau menikmati produk-produk mahal.

Sesekali memenuhi kehendak sebagai self reward, tidak salah.

Situasi itu akan jadi salah apabila kita selalu memenuhi kehendak.

Tanpa sedar, hutang mula mencengkam.

Jadi, utamakan dulu segala keperluan dan simpanan. Jika ada lebihan, barulah salurkan kepada kehendak.

Kesimpulannya, jauhkan diri dari pepatah biar papa asalkan bergaya untuk bebas dari hutang. Kalau nak juga barang itu, kumpul sehingga mencapai amaun tertentu lantas terus beli.

Jangan sampai kehendak mengaburi akal kita untuk berfikir secara rasional.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.