LaburSantai
perancangan kewangan islam

7 Komponen Perancangan Kewangan Islam

Isi Kandungan :

Perancangan kewangan peribadi adalah topik yang luas dan menyeluruh. Perancangan kewangan bukan semata-mata hal hartanah, hal takaful ataupun hal amanah saham. Kesemua itu sebenarnya hanya satu bahagian dalam urus kewangan.

Ada bab-bab lain perlu dikuasai:

CakapWang 7 Langkah.png

1. Mencipta: Jika anda graduan baru kena bekerja mempunyai sumber kewangan. Sumber in perlu dijaga, kena susun (buat bajet) kemana ianya akan dipakai, dibelanjakan. .

2. Mengurus: Ilmu pengurusan kewangan sebenar. Ia sangat berkaitan aliran tunai, nilai aset dan liabiliti dan lain-lain (contoh: pengurusan hutang)

3. Melindungi: Perlindungan diri kita sebagai ‘pencari sumber kewangan’ atau penggerak. Kita perlu mengenalpasti risiko apa yang ada dan berfikir cara menguruskan risiko.

4. Menggandakan: Mendalami ilmu dalam pelaburan. Fahami konsep risiko melabur. Disini, kita boleh fahami, apa itu unit trust, saham, komoditi dan hartanah.

5. Memelihara: Konsep simpanan masa depan. Ilmu pengurusan kewangan yang diselarikan dengan matlamat kewangan jangka masa panjang seperti persaraan, pendidikan, dana pergi Haji dan tabung kecemasan yang besar.

6. Menyucikan & Membersihkan: Memahami keperluan membayar cukai dan melunaskan zakat. Perlu ingat kedua-dua ini adalah tanggungjawab. Sebagai seorang yang mahu celik kewangan, ilmu tentang cukai dan zakat perlu dikuasai.

7. Mewariskan: Ilmu pengurusan kewangan bukan sekadar hembusan nafas terakhir. Proses kewangan adalah proses yang berterusan walaupun sudah tiada.

Siri Kewangan 101 ini akan menerangkan setiap langkah-langkah untuk memberi pemahaman lebih jelas. Ayuh.

Topik seterusnya: Mencipta Kewangan, Mencari Yang Halal

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.