LaburSantai
AHB vs ASB

AHB vs ASB: Kelebihan & Kekurangan

Isi Kandungan :

AHB vs ASB, mungkin ramai yang sudah tahu apa itu ASB dan macam mana ASB berfungsi. Tapi AHB itu apa pula?

Secara ringkasnya Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) adalah dana unit amanah berpendapatan tetap yang menyandarkan asetnya kepada hartanah.

AHB berfungsi dengan modal yang diberi akan digunakan untuk pelaburan hartanah seperti membangunkan dan membeli bangunan komersial seluruh Malaysia.

Jadi hasil daripada bangunan tadi akan dikembalikan kepada pelabur dalam bentuk dividen dan agihan pendapatan.

Kenapa AHB ini wujud? Jawapannya mudah iaitu untuk membantu golongan bumiputera memiliki sedikit pegangan hartanah komersial bernilai tinggi.

Nampak macam best dan kalau AHB vs ASB, mana yang patut dipilih?

Sebelum itu kena teliti dahulu kelebihan dan kekurangan kedua-dua instrumen pelaburan ini.

Baca juga Bagaimana ASB Berfungsi: Pelaburan Atau Simpanan Biasa

Kelebihan AHB 1 – Modal Rendah

Dengan hanya berbekalkan RM100, anda sudah boleh melabur dalam AHB.

Kalau nak guna wang daripada KWSP pun boleh tapi tinggi sikit iaitu RM1000.

Kepada golongan muda di luar sana, nilai RM100 dan RM1000 adalah sangat relevan untuk mula melabur di AHB.

Jadi lepas ini tiada lagi alasan untuk anak muda tidak mampu miliki pegangan dalam hartanah.

Kelebihan AHB 2 – Kos Pelaburan Rendah

Untuk melaburkan dalam AHB, anda tidak akan dikenakan sebarang caj jualan dan penebusan.

Cuma anda akan dikenakan yuran pengurusan sebanyak 1% dan yuran pemegang amanah sebanyak 0.8% dari nilai dana pada kos (VOF).

Kalau masih rasa nilai yuran itu sangat tinggi, jangan risau sebab ia akan dikira ke atas unit yang dipegang secara automatik.

Kelebihan AHB 3 – Pelaburan Hartanah Di Kawasan Komersial

Bagi orang biasa, memiliki hartanah di kawasan komersial cuma mimpi basah di siang hari sahaja kerana kekangan kewangan.

Namun melalui AHB, impian itu semakin jelas.

Ini kerana pelaburan AHB dilaksanakan di kawasan-kawasan komersial seperti Menara 1 Dutamas, Nu Sentral dan Sky Park.

Kelebihan AHB 4 – Pelaburan Jangka Masa Panjang

Anda mahukan pelaburan yang tetap, stabil dan tidak rugi?

AHB adalah jawapan paling tepat.

Dengan kadar dividen 4% sehingga 7%, anda tidak perlu lagi fikir tentang kerugian.

Apa yang anda perlu buat adalah labur dan tunggu dividen setiap tahun.

Senang cerita, kepala tak pening, untung dapat dan boleh labur dalam jangka masa yang agak panjang.

Kekurangan AHB 1 – Unit Terhad

Nak melabur dalam AHB, anda perlu pantas dan peka kerana unit akan senantiasa habis.

Anda juga tidak dibenarkan menambah dana pelaburan sehinggalah unit tambahan diumumkan.

Jadi, siapa cepat dia dapat. Kalau lambat, meloponglah mulut.

Kekurangan AHB 2 – Tidak Dilaburkan Semula

Kebiasaannya beberapa instrumen pelaburan seperti Tabung Haji akan melaburkan semula pulangan.

Berbeza pula dengan AHB kerana setiap pulangan akan terus dikreditkan ke akaun bank pelabur.

Maka keuntungan tak dapat dimaksimumkan.

Kekurangan AHB 3 – Bergantung Kepada Hartanah Sahaja

Seperti apa yang dibicarakan di atas, AHB hanya bersandar kepada hartanah semata-mata.

Jika pasaran hartanah tidak beberapa bagus, secara tidak langsung AHB juga akan turut terjejas.

Rugi itu mungkin tidak, cuma dividen yang akan diterima semakin rendah.

AHB vs ASB
Kredit: Mykmu

Kelebihan ASB 1 – Pelaburan Jangka Masa Panjang

Antara objektif ASB adalah untuk menyediakan alternatif untuk rakyat Malaysia menyimpan duit.

Ini kerana jika disimpan di akaun bank biasa, dikhuatiri akan habis dan nilai semakin susut angkara inflasi.

Berbekal dividen 5% dan simpanan RM200,000, anda bakal nikmati pulangan RM10,000 setahun.

Bayangkan kalau anda simpan sampai 20 tahun, jumlah itu akan meningkat kepada RM400,000.

Kelebihan ASB 2 – Boleh Buat Pinjaman

Nak melabur tapi duit mengalir macam air terjun?

Tak apa, anda boleh membuat pembiayaan melalui ASB Financing dengan kadar maksimum sebanyak RM200,000.

Tak mampu nak tampung ansurans yang tinggi jika ambil RM200,000?

Anda boleh pilih nilai minimum RM20,000.

Selepas ini tiada lagi alasan untuk tidak menyimpan dan melabur.

Kelebihan ASB 3 – Cara Pengeluaran Yang Mudah

Dulu kalau nak keluarkan duit dari ASB agak payah kerana anda perlu ke bank yang berdekatan.

Tapi hari ini segalanya sudah mudah.

Dengan hanya telefon pintar, internet dan aplikasi MyASNB, anda boleh keluarkan duit secara dalam talian.

Tak tahu nak keluarkan secara online macam mana?

Rujuk DISINI.

Kelebihan ASB 4 – Pulangan Tetap

Orang selalu cakap melabur ini semakin tinggi pulangan, semakin tinggi risiko rugi.

Walau bagaimanapun, kenyataan itu tidak terpakai untuk ASB.

Ini kerana pulangan ASB tetap berada dalam 5% sehingga 9%.

Segala kerugian akan dijamin oleh kerajaan.

Maka usah khuatir untuk melabur dalam ASB.

Kekurangan ASB 1 – Menambah Komitmen Kewangan

Bagi ASB biasa, anda bebas memasukan seberapa wang yang dimahukan pada bila-bila masa tetapi tidak boleh melebihi RM200,000.

ASB financing pula memerlukan anda mengasingkan sejumlah wang untuk membayar ansuran setiap bulan.

Hal ini akan menambah lagi beban kewangan sehingga anda akan jadi culas untuk membayar. Maka matlamat kewangan tidak dapat dicapai.

Kekurangan ASB 2 – Dividen Rendah

Sejak akhir-akhir ini, dividen ASB semakin hari semakin turun sekaligus meresahkan kita semua.

Kesannya adalah pulangan ASB akan jadi sangat rendah.

Bagi mereka yang mahukan pulangan tinggi, ASB bukanlah untuk anda.

Mungkin anda boleh melabur di instrument lain seperti saham dan kripto.

Kesimpulannya setelah meneliti AHB vs ASB, kedua-duanya miliki kelebihan dan kekurangan yang hampir serupa. Semuanya terletak pada tangan anda untuk memilih yang mana satu.

Jika pening kepala dan banyak duit, pilih sahaja keduanya. Paling tidak pun, portfolio pelaburan anda akan lebih diversiti.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.