LaburSantai
kewangan islam

Al-Falah : Konsep Perancangan Kewangan dari Perspektif Islam

Isi Kandungan :

Sebelum memahami kepentingan membuat perancangan kewangan, pertama sekali sebagai seorang Muslim, kita perlu faham bahawa segala nikmat yang ada dunia ini datang daripada Maha Pencipta, Allah SWT.

Nikmat Allah SWT ini tidak terhingga. Dari mula kita bangun tidur diberi nikmat untuk hidup seharian, diberi udara yang segar untuk bernafas, makanan yang pelbagai untuk dimakan, air yang menghilangkan kehausan, isteri sebagai peneman dan anak-anak sebagai penghibur kehidupan.

Dalam konteks kewangan pula, nikmat ini merujuk kepada sumber kewangan dan harta-harta yang diperolehi. Kesemua ini adalah nikmat yang tidak terhingga nilainya.

Segala nikmat ini perlulah digunakan dengan sebaik-baiknya, kerana ini adalah amanah daripada Allah. Kita adalah manusia diciptakan ke dunia ini sebagai khalifah memegang tanggungjawab untuk menguruskan amanah Allah ini dengan baik.

Bagaimana menguruskan amanah Allah SWT ini?

Kita mempunyai tanggungjawab untuk menggunapakai segala nikmat kewangan dan harta ini untuk kesejahteraan diri dan memberi manfaat kepada orang lain.

Alangkah ruginya jika menyalurkan nikmat Allah SWT untuk jalan bukan sepatutnya, seperti membeli kereta untuk hanya bermegah-megah dengan orang lain atau dengan sumber yang banyak membeli barang bukan keperluan diri sendiri malah membazir untuk perkara bukan-bukan.

Atau lebih teruk membelanjakannya bagi perkara-perkara haram, semoga kita dijauhkan daripada perkara ini.

Perlu ingat kembali, sebelum menguruskan kewangan kita perlu buat semak semula dari mana datangnya sumber kewangan.

Seorang Muslim perlu sentiasa memastikan bahawa sumber kewangan peribadi datang dari sumber berlandaskan Syariah. Tiada unsur riba atau unsur meragukan. Ini semua berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan Allah SWT melalui Al-Quran dan Sunnah itu sendiri.

Segala kemewahan yang diberikan Allah SWT di dunia bukan untuk keseronokan di dunia sahaja. Ianya bersifat sementara dan tidak kekal. Kemewahan diberi sepatutnya digunakan untuk menjamin kehidupan lebih baik di alam akhirat.

Ini adalah apa yang dianjurkan oleh Islam. Merancang kewangan untuk memperolehi kesejahteraan hidup di dunia dan kenikmatan sebenar di akhirat kelak. Perancangan kewangan berlandaskan konsep Syariah lebih meluas. Ianya melibat persediaan alam seterusnya. Semua ini tepat dengan pengertian Al-Falah iaitu kejayaan di dunia dan di akhirat.

Topik seterusnya: Perbezaan Perancangan Kewangan secara Kapitalisme, Sosialisme & Islam

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.