LaburSantai
perancangan kewangan islam

Al-Falah: Perancangan Kewangan Menurut Islam

Isi Kandungan :

Perancangan datang daripada perkataan asal yang bermaksud rancang.

Manakala perkataan kewangan wujud daripada wang.

Islam pula adalah satu pegangan agama yang menyentuh segala aspek cara hidup daripada makan, sosial, politik, ekonomi dan pelbagai lagi. Daripada cara solat, cara berurus niaga, cara memimpin keluarga sehinggalah lalat masuk dalam minuman pun ada diceritakan dalam Islam.

Setiap individu yang mempunyai wang mestilah mempunyai agenda atau rancangan sendiri bagaimana hendak menguruskannya. Ini yang disebut sebagai aktiviti merancang kewangan peribadi.

Merancang kewangan peribadi adalah proses untuk merealisasikan suatu matlamat dengan mengambil tahu kedudukan semasa kewangan, membuat analisa dan mencari jalan bagaimana mengatasi situasi kewangan. Seterusnya, mengambil tindakan drastik berdasarkan jalan yang dipilih.

Hari ini, terlalu banyak konsep dan idea perancangan kewangan. Boleh sahaja menggunakan peranti Google. Boleh sahaja untu mengambil kaedah untuk menguruskan samada berfalsafahkan konsep konvensional ataupun konsep Islamik.

Akan tetapi sebagai seorang Muslim, pandangan Islam terhadap kewangan perlu dititikberatkan. Kita tidak boleh semberono ambil dan mengaplikasikan apa sahaja kaedah pengurusan kewangan konvensional. Hari ini kita sudah ada pilihan. Sudah wujud konsep perancangan kewangan berlandaskan Syariah.

Seorang Muslim perlu mengetahui dan mengaplikasikannya dalam kehidupan masing-masing. Ingat, Islam adalah cara hidup.

Topik seterusnya: Al-Falah : Konsep Perancangan Kewangan dari Perspektif Islam

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.