LaburSantai
amanah saham untuk kanak-kanak

Amanah Saham Untuk Kanak-Kanak: Alternatif Terbaik Simpan Duit Raya

Isi Kandungan :

Tiba sahaja hari raya, pasti ia akan jadi temasya bagi kanak-kanak mengumpul duit. Malangnya duit tersebut habis begitu sahaja. Nak simpan pun sukar sebab tiada platform yang sesuai untuk menyimpan. Tapi jangan risau sebab kita ada amanah saham untuk kanak-kanak.

Apa yang dimaksudkan dengan amanah saham untuk kanak-kanak?

Secara asasnya akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) terbahagi kepada dua iaitu akaun remaja dan akaun dewasa.

Artikel hari ini, kita akan fokus lebih kepada akaun remaja.

Baca juga Apa Itu Unit Trust (Amanah Saham)? untuk lebih memahami mengenai amanah saham.

Akaun Remaja

Akaun remaja merupakan skim amanah saham untuk kanak-kanak yang berumur dari 6 bulan hingga 18 tahun.

Tapi baru-baru ini bayi yang baru lahir juga sudah dibenarkan untuk membuka akaun remaja.

Apa yang bagusnya adalah pihak penjaga tidak dibenarkan mengeluarkan duit daripada akaun remaja sehinggalah anak berumur 12 tahun.

Bermakna, duit raya yang disimpan dari umur 6 bulan sehingga 12 tahun di akaun remaja akan kekal terjaga walau apapun terjadi.

Kalau nak tahu lagi tentang ASB dan akaun remaja, boleh klik DI SINI

Kepentingan Akaun Remaja

Mungkin ada yang cakap, kasihan kepada kanak-kanak kerana mereka tidak dapat menggunakan duit raya tersebut untuk membeli barang kemahuan mereka.

Tetapi lagi kasihan apabila sudah besar, mereka terpaksa meminjam hanya untuk melanjutkan pelajaran.

Maka wang hasil daripada simpanan di akaun remaja itu boleh digunakan oleh ibu-bapa sebagai bekalan untuk anak-anak sambung belajar.

Keluar sahaja daripada universiti anak-anak ini akan bebas hutang dan tidak berada dalam tekanan untuk mencari kerja yang sesuai.

Selain itu dengan adanya akaun remaja, tindakan itu akan mengajar kanak-kanak untuk menabung.

Apabila sudah besar, mereka sudah terbiasa dan tiada masalah lagi untuk menyimpan dana kecemasan sebagai contoh.

Kesimpulannya daftarlah cepat-cepat skim amanah saham untuk kanak-kanak agar mereka semua punyai simpanan sejak dari kecil lagi. Jangan sampai sudah terhantuk barulah nak menyesal kerana kita tidak dapat menjangka masa hadapan.

Mungkin duit itu bukan sahaja boleh membantu anak-anak sambung belajar sahaja tapi boleh meringankan beban andai terjadi apa-apa perkara kepada ibu bapa.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.