LaburSantai
beza ASB dan ASB2

Apa Beza ASB Dan ASB2

Isi Kandungan :

Semua orang tahu ASB adalah pelaburan jangka masa panjang yang sangat bagus. Tapi ramai juga tidak tahu akan kewujudan ASB2. Apa beza ASB dan ASB2?

Secara asasnya memang nampak sama sahaja tetapi ada sedikit perkara yang membezakan antara kedua-dua instrumen pelaburan tersebut.

Mungkin kita yang lalai sehingga tidak nampak akan perbezaan ini.

Baca juga Bagaimana ASB Berfungsi: Pelaburan Atau Simpanan Biasa

beza ASB dan ASB2
Kredit: Harian Metro

1. Portfolio Berlainan

Bagi ASB, pelaburannya lebih fokus kepada ekuiti sahaja.

Manakala untuk ASB2, pelaburannya bersifat campuran.

Bermakna duit dalam ASB2 akan dilaburkan dalam pasaran ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap dan wang tunai.

Boleh dikatakan ASB2 lebih selamat kerana terdapat aset campuran.

2. Dana

Jika melabur di ASB, anda dibenarkan melabur seberapa banyak yang dimahukan sehingga mencapai nilai maksimum RM200,000.

Tapi anda tidak dapat melakukan perkara sama untuk ASB2 kerana dana yang amat terhad.

Ini kerana terdapat hanya 10 bilion unit sahaja dalam ASB2.

Jika kita semua melabur dalam jumlah maksimum RM200,000, pasti dana ini akan habis.

Senang cerita, siapa cepat dia dapat. Kalau tak dapat, meloponglah mulut.

3. Ejen Financing

Beza ASB dan ASB2 yang terakhir adalah jumlah ejen untuk buat financing.

Di ASB, anda bebas untuk membuat financing dengan mana-mana bank yang tawarkan khidmat tersebut.

Berlainan pula dengan ASB2 kerana hanya Maybank, CIMB dan Affinbank sahaja yang tawarkan khidmat financing.

Bagi mereka yang tinggal berjauhan dengan cawangan ketiga-tiga bank ini, agak susah untuk berurusan dan perlu pergi ke bandar besar.

Kebiasaannya, agak sukar untuk membuat financing untuk ASB2.

Ini kerana dana ASB2 sering kali habis terlalu cepat.

Baca juga Apa Itu Unit Trust (Amanah Saham)?

Kesimpulannya, beza ASB dan ASB2 tidaklah terlampau banyak. Kalau tengok sekali imbas memang kelihatan sama sahaja. Bezanya mungkin sedikit tetapi amat penting untuk mereka yang peka.

Apa-apapun, paling penting adalah mula melabur dan ASB sama ada biasa ataupun 2 adalah jawapan paling tepat.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.