LaburSantai
hutang menurut islam

Apa Definisi Hutang Menurut Islam

Isi Kandungan :

Hutang dan kita boleh diibaratkan seperti irama dan lagu kerana langsung tidak boleh berpisah. Kalau tak berhutang hari ini, bukan manusia namanya. Tapi boleh ke jika tidak mahu berhutang dan apa pula definisi hutang menurut Islam?

hutang menurut islam
Kredit: Debt

Definisi Hutang

Definisi hutang menurut Islam bermaksud penyerahan sesuatu barang daripada pemiutang kepada penghutang secara pinjaman.

Penghutang memiliki tanggungjawab untuk memulangkan kembali barang kepada pemilik asal tanpa apa-apa tambahan.

Baca juga 5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Untuk Bebas Dari Hutang

Hukum Memberi Hutang Dan Berhutang

Hukum memberi hutang adalah sunat dan sangat digalakkan kerana mendapat tempat istimewa di sisi Allah S.W.T.

Hal ini demikian kerana amalan tersebut dapat meringankan beban orang dalam kesusahan dan kesempitan hidup.

Hukum berhutang pula secara asasnya adalah harus tapi akan berubah menjadi wajib jika kita benar-benar tiada duit dan perlu hutang untuk terus hidup.

Hukum bagi pemiutang yang memberi hutang pula ada tiga iaitu;

1. Haram – Jika pemiutang tahu hutang itu akan digunakan untuk perkara haram seperti beli arak dan nombor ekor

2. Makruh – Jika pemiutang tahu hutang itu digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau penghutang tidak mampu membayar

3. Wajib – Jika pemiutang tahu penghutang amat memerlukan hutang untuk meneruskan hidup dan tiada cara lain untuk dapatkan wang

Tanggungjawab Pemiutang

  • Dianjurkan memberikan hutang bagi orang yang mampu
  • Memberi tempoh bagi mereka yang berada dalam kesulitan
  • Mengutip hutang dengan akhlak yang mulia
  • Berlapang dada dalam mengutip hutang
  • Menjadikan hutang sebagai sedekah
hutang menurut islam
Kredit: Suria Amanda

Tanggungjawab Penghutang

  • Hutang adalah amanah yang wajib dijelaskan
  • Berhutang dengan niat baik
  • Membayar hutang dengan baik

Ancaman Untuk Orang Yang Enggan Membayar Hutang

  • Mati dalam keadaan berhutang, pahala menjadi ganti
  • Urusan orang berhutang akan kekal tergantung
  • Orang yang berniat tidak mahu bayar hutang akan dihukum sebagai pencuri
  • Orang yang berkemampuan tapi lambat bayar hutang akan dikira sebagai zalim
  • Dosa hutang tidak akan terampun walaupun mati syahid
  • Orang yang berhutang tergolong sebagai pendusta

Nak tahu lebih lanjut mengenai definisi hutang dalam Islam boleh baca DI SINI

Kesimpulannya, definisi hutang menurut Islam sudah cukup menjelaskan bahawasanya hutang wajib dibayar tidak kira walau apa pun terjadi. Namun sebagai pemiutang, sifat kemanusiaan perlu ada jika penghutang betul-betul tidak mampu membayar dalam masa yang ditetapkan.

Apa-apapun, jangan sampai sanggup berhutang hanya untuk bermewah-mewah dalam hidup. Bak kata Altimet:

“Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah, amboi amboi”

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.