apa itu etf

Apa Itu ETF?

Isi Kandungan :

ETF adalah singkatan kepada Exchange Traded Fund.

Exchange traded bermaksud ia boleh dijual beli sesama pelabur.

Fund bermaksud dana.

Dana ini konsepnya sama seperti konsep amanah saham. Ada dana yang melabur dalam saham, bon atau komiditi.

Apa beza ETF dan Amanah Saham?

Pertama, cara kedua dana ini diuruskan berbeza. Amanah saham melabur berdasarkan strategi pengurus dana. Manakala ETF diurus secara pasif dan mencuba ‘meniru’ indeks.

Bacaan berkaitan: Pelaburan Adalah Aktiviti Yang Membosankan

Ada ETF ‘meniru’ indeks saham KLCI, indeks saham Dow Jones atau emas.

Contoh bagi Bursa Malaysia KLCI ETF, ETF ini melabur dalam saham. Saham-saham yang dibeli adalah sama dengan saham yang ada dalam indeks KLCI. Oleh sebab itu prestasinya juga lebih kurang sama dengan prestasi indeks. Prestasi amanah saham pula bergantung kepada strategi pengurus dana.

TahunFBM KLCI ETF (%)FBM KLCI (%)
20204.095.69
2019-4.12-2.89
2018-4.44-2.98
201712.1013.22
2016-0.550.07

Kedua, ETF boleh dijual beli antara pelabur dalam pasaran. Sama seperti saham. Perlu ada akaun CDS untuk membeli ETF. Manakala untuk amanah saham, proses jual beli adalah antara syarikat pengurus dana dan pelabur.

Disebabkan amanah saham ini dilaburkan secara aktif, maka caj dan kos pelaburannya adalah lebih tinggi berbanding ETF. Untuk membeli ETF, cajnya sama seperti membeli saham.

Boleh lihat apa ETF yang ada di Bursa Malaysia di sini.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.