LaburSantai
apa itu kad kredit

Apa Itu Kad Kredit: Kebaikan & Keburukannya

Isi Kandungan :

Ramai orang cakap, ambil kad kredit ini bagus tapi ramai juga tak tahu apa itu kad kredit. Secara asasnya, kad kredit adalah sejenis bayaran ansurans yang dikeluarkan oleh pihak bank atau institusi kewangan untuk kita membuat pembelian barang dan perkhidmatan tanpa penggunaan wang tunai.

Senang cerita, pihak bank akan bayar dulu barang yang anda beli dan anda perlu membayar kembali di kemudian hari.

Kalau anda liat nak bayar kad kredit, caj faedah akan dikenakan dan akan boleh bertambah melebihi angka pinjaman.

Baca lebih lanjut mengenai kad kredit DI SINI

Jangan terkejut kerana anda boleh diisytiharkan muflis hanya kerana tidak membayar hutang kad kredit.

Sekarang kita sudah tahu apa itu kad kredit. Mari kita kenali kebaikan dan keburukannya.

apa itu kad kredit
Rujukan: Petua Ibu

Kebaikan Kad Kredit 1 – Mudah Digunakan

Dengan hanya membawa sekeping kad ke tempat shopping yang dimahukan, anda tidak perlu pening kepala untuk berbelanja bagai tiada lagi hari esok.

Hanya leret kad sahaja, anda sudah boleh membeli apa sahaja.

Jadi anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak sekaligus dapat menjamin keselamatan anda daripada pencopet.

Kebaikan Kad Kredit 2 – Merancang Perbelanjaan

Melalui kad kredit, anda memiliki akses untuk menjejak perbelanjaan dalam masa sebulan.

Jadi setiap transaksi keluar masuk wang dalam kad kredit direkodkan secara automatik.

Cara ini akan membantu anda merancang perbelanjaan dengan lebih berhemah.

Malah anda boleh tetapkan berapa perbelanjaan sebulan dan berapa jumlah yang boleh dibayar dalam tempoh sama.

Kebaikan Kad Kredit 3 – Ganjaran Dan Penjimatan

Mungkin inilah antara sebab utama ramai orang suka guna kad kredit iaitu terdapat mata ganjaran yang boleh ditebus.

Sebagai contoh, mata ganjaran tersebut boleh digunakan untuk pengurangan pembayaran ansuran bulanan kad kredit.

Jadi macam mana nak dapatkan banyak mata ganjaran?

Mudah sahaja iaitu semakin banyak anda guna kad kredit, semakin banyak mata ganjaran yang diperolehi.

apa itu kad kredit
Kredit: The Balance

Kebaikan Kad Kredit 4 – Skor Kredit

Bagi mereka yang ingin membeli rumah, skor kredit ini memang penting bagi mengetahui kemampuan anda membayar ansuran bulanan.

Salah satu cara untuk mencantikkan skor kredit anda adalah dengan menggunakan kad kredit.

Tapi ada syarat iaitu anda perlu konsisten membayar hutang kad kredit. Kalau tidak, memang buruk skor kredit anda.

Seterusnya kita lihat pula apa keburukan kad kredit. Jika tersilap cara, memang boleh merana.

Keburukan Kad Kredit 1 – Faedah Yang Tinggi

Kita selalu ingat faedah ataupun bunga tidak akan dikenakan jika membayar tepat pada masanya.

Sayangnya untuk kad kredit, telahan tersebut adalah salah serta-merta.

Hal ini demikian kerana anda tetap dikenakan bunga 15% setahun walaupun anda menjelaskan bayaran minimum 12 bulan secara berturut-turut.

Kalau jenis culas bayar hutang kad kredit, bunga setinggi 18% setahun boleh dikenakan.

Keburukan Kad Kredit 2 – Had Pinjaman

Setiap kad kredit yang ingin dimohon pasti akan diserta syarat pendapatan tertentu.

Sebagai contoh, jika pendapatan anda adalah RM3000, maka had maksimum bagi pinjaman kad kredit adalah RM6000.

Jadi anda memiliki pilihan yang terhad untuk mendapat beberapa barang melebihi harga RM6000 dan mungkin hanya mampu membeli dalam jumlah kecil.

Baca juga 5 Akibat Lambat Bayar Hutang Kad Kredit

Keburukan Kad Kredit 3 – Caj Bayar Lewat

Jika anda asyik lambat membayar hutang kad kredit, pihak bank akan mengenakan caj bayar lewat sebanyak 1% ataupun RM10.

Nampak macam kecil tapi dicampur lagi dengan bunga pasti anda terduduk melimat betapa tinggi hutang kad kredit.

Paling malang sekali anda akan terpalit dengan hutang lapuk walaupun konsisten membayar ansuran bulanan.

Keburukan Kad Kredit 4 – Berbelanja Mengikut Hawa Nafsu

Inilah yang paling ditakuti oleh manusia seantero alam kerana kehadiran kad kredit akan bikin ilusi duit kita berkepuk-kepuk.

Secara tidak langsung, anda akan terus berbelanja tanpa memikirkan risiko di masa hadapan.

Apabila perbelanjaan tersebut melebihi kemampuan, sedikit demi sedikit akan menghumban kita ke arah muflis.

Jangan terkejut ramai anak muda yang terperangkap dengan ilusi ini.

Kesimpulannya setelah mengetahui apa itu kad kredit, anda perlu mengenal kebaikan dan keburukannya. Ini agar anda tahu mana kaca dan mana permata. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak tengadah. Pada akhirnya, penyesalan tiada guna.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.