keluk permintaan

Apa Itu Keluk Permintaan

Isi Kandungan :

Dalam artikel yang lepas, kita dah belajar serba sedikit mengenai penawaran dan permintaan.

Persoalannya sekarang macam mana penawaran dan permintaan ini boleh berlaku?

Bayangkan hari tu Shopee ada buat promosi postage serendah RM1 sempena sambutan hari raya. Anda ketika itu nak beli facemask yang harga RM3.50. Sebelum ini kalau nak beli, anda kena bayar postage sebanyak RM4.50 kerana Shopee hanya menawarkan free postage jika barangan tersebut berharga lebih daripada RM15.

Secara tidak langsung promosi postage serendah RM1 ini memudahkan anda. Bagi pihak peniaga pula mereka mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda apabila ramai pelanggan yang membeli.

Tak faham saya nak cerita apa? Okay tak apa saya ada lagi satu cerita.

Sebelum PKP hari tu, saya ada jalan-jalan dekat Aeon Shah Alam. Saya rasa pelik kenapa orang ramai beratur panjang di Uniqlo sebab kebiasannya gedung itu agak lenggang.

Kita semua tahu Uniqlo menjual baju yang berkualiti tinggi tetapi dengan harga sedikit mahal berbanding Pandini dan BO. Pada pendapat saya mungkin yang berkunjung ke Uniqlo adalah golongan banyak duit sahaja. Jadi saya pun masuk ke Uniqlo untuk meninjau walaupun ambil masa sedikit lama ketika beratur.

Apabila sudah masuk, saya terus ke seksyen pakaian lelaki dan jumpa jawapannya. Rupa-rupanya Uniqlo sedang buat promosi dengan harga tidak masuk akal. Inilah sebab utama kenapa orang ramai sanggup beratur panjang untuk beli pakaian di sini.

Dari dua kisah di atas, apa sebenarnya saya nak cerita?

Hari ini saya nak cerita tentang keluk permintaan (demand curve). Apa kaitan demand curve dengan Shopee dan Uniqlo?

Secara asasnya, demand curve akan menunjukkan berapa banyak produk sama yang dimahukan oleh orang ramai dalam harga berbeza.

Ia bermaksud harga yang rendah akan membuatkan permintaan semakin meningkat. Samalah seperti contoh yang telah diberikan di atas.

Kalau anda perasan, mana-mana penjual yang buat promosi pasti akan mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

Tapi bagi entiti perniagaan seperti PKS, ia tidak sihat kerana keuntungan tidak dapat dijana secara maksima. Bagi perniagaan besar pula, mereka tiada masalah kerana dapat mengurangkan kos dengan mengambil stok secara pukal.

Jadi senang cerita harga murah bikin orang terus rasa nak beli tanpa was-was.

Walau bagaimanapun, ada banyak sebab kenapa demand curve ataupun keluk permintaan berfungsi sebegitu dan bukan setakat seperti contoh yang telah diberikan.

Nak tahu apa sebab-sebab itu?

Haa tunggu dulu, habiskan dan fahamkan dulu artikel hari ini. Lepas itu kita beralih ke artikel seterusnya.

Seperti biasa, stay tuned.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.