LaburSantai
unit trust

Apa Itu Unit Trust (Amanah Saham)?

Isi Kandungan :

Di Malaysia, terdapat lebih 600 dana amanah saham. Jadi, nak labur dana yang mana satu?

Sebelum kita bermula, mari kita fahamkan konsep amanah saham terlebih dahulu.

Konsepnya begini.

Duit-duit pelabur akan dikumpulkan ke dalam satu tabung.

Kemudian, tabung tersebut akan dilaburkan pengurus dana.

Ke mana dilaburkan? apa strategi pelaburan? Ia bergantung kepada objektif dan kebijaksanaan pengurus dana.

Pelabur pula perlu membayar caj pengurusan kepada pengurus dana.

Keuntungan yang diperoleh pula akan diagihkan kepada pelabur sama ada dalam bentuk pengagihan pendapatan atau kenaikan harga.

apa itu unit trust
Konsep amanah saham

Kategori Amanah Saham

Pecahan mengikut kelas aset

Secara amnya amanah saham akan melabur dalam pasaran ekuiti (saham), pasaran bon/sukuk dan money market. Risiko dan pulangan amanah saham bergantung kepada pasaran mana dana tersebut dilaburkan.

Berikut adalah susunan risiko dan potensi keuntungan daripada paling tinggi ke paling rendah.

Ekuiti > Bon/Sukuk > Money Market.

Ada dana yang melabur dalam pasaran ekuiti sahaja, ada dana yang melabur dalam bon/sukuk sahaja, ada pula yang melabur dalam money market sahaja dan ada juga dana yang melabur dalam kedua-duanya, iaitu ekuiti dan bon/sukuk (dana ini dikenali sebagai dana imbang – balanced fund).

Pasaran ekuiti pula boleh dipecahkan kepada dua kategori:

  • Blue chip – Saham yang dikategorikan lebih stabil dan lazimnya memberikan dividen.
  • Mid/small cap – Saham bersaiz kecil dan sederhana

Pecahan mengikut geografi

Selain pecahan mengikut kelas aset, amanah saham juga boleh dipecahkan mengikut geografi. Ada dana yang bertemakan pasaran negara maju seperti Amerika Syarikat dan ada dana yang bertemakan pasaran China serta negara-negara membangun. Lain geografi lain risiko dan pulangannya.

Berikut adalah beberapa contoh dana:

Nama DanaKategori DanaKelas AsetGeografi
Affin Hwang Aiiman Growth FundEquity – Malaysia Mid/Small-cap (Sharia)Pasaran Ekuiti mid/small capMalaysia
BIMB ESG Sukuk Fund Class ABonds – Malaysia (Sharia)Pasaran Bon/SukukMalaysia
Advantage BrazilEquity – Country FocusPasaran EkuitiBrazil
Pheim Dana MakmurBlended – Balanced (Sharia)Pasaran Ekuiti dan Bon/SukukMalaysia

Pulangan Amanah Saham

Terdapat dua jenis pulangan dalam amanah saham, iaitu pengagihan pendapatan dan kenaikan harga. Jenis keuntungan yang diperoleh bergantung kepada kategori dan objektif dana.

Amanah saham dijual beli dalam bentuk unit. Katakan Dana Agresif Ahmad berharga RM0.50 seunit.

Anda nak labur RM100 ke dalam dana tersebut, maka anda akan dapat sebanyak 200 unit.

Selepas 3 bulan harga seunit naik kepada RM0.70. Sekarang jumlah pelaburan anda meningkat kepada RM140 = RM0.70 x 100, keuntungan atas kertas adalah sebanyak RM40.

Dividen pula akan diberi dalam bentuk unit bukan jumlah ringgit. Kebiasaannya apabila dividen diumumkan, pelabur memang memperoleh unit tambahan tetapi nilai pelaburan biasanya akan jatuh. Hal ini demikian kerana harga akan diselaraskan selepas pengumuman dividen.

Dana kategori ekuiti memberikan pulangan daripada kenaikan harga, dana bon/sukuk pula memberikan pulangan melalui pengagihan pendapatan dan dana imbang pula memberikan kedua-dua jenis pulangan.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.