LaburSantai
PE-Ratio

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang P/E Ratio

Isi Kandungan :

Antara nisbah yang popular untuk menganalisa saham adalah Price to Earning (P/E) ratio. Apa sebenarnya P/E ratio ni dan apakah kegunaannya?

Pertama sekali kena faham Apakah Maksud P/E Ratio?

P/E ratio diperolehi berdasarkan formula berikut:
P/E ratio = Harga saham / Pendapatan per unit (EPS)

Secara ringkasnya P/E ratio memberitahu sama ada saham tersebut mahal atau murah.

Contohnya P/E ratio bagi Saham A adalah 15, ini bermaksud harga saham A adalah 10 kali ganda daripada pendapatannya. Atau dalam bahasa mudah, kita membeli saham A pada harga RM10 dan mendapat pulangan RM1 setiap tahun, kita akan dapat semula modal pelaburan dalam tempoh 10 tahun.

Kenapa pelabur memilih P/E ratio yang rendah?

Nilai P/E ratio berubah mengikut harga semasa saham dan EPS, pelabur lazimnya menggunakan P/E ratio sebagai salah satu daripada filter untuk mengenal pasti saham-saham yang berpotensi dengan P/E ratio yang rendah.

Cuba kita lihat 2 contoh mudah di bawah: P/E ratio saham

A: 10 P/E ratio saham
B: 30 Berdasarkan perbandingan P/E ratio,

pelabur akan memilih saham A, kenapa?

Saham A memberikan pulangan 10% (RM1 / RM10 x 100 = 10%) manakala saham B memberikan pulangan 3.33% (RM1 / RM30 x 100 = 10%), sudah pastilah kita akan memilih saham A kerana pulangannya yang lebih tinggi.

Guna P/E ratio untuk bandingkan saham mana yang lebih ‘murah’ Saham Ali Bhd harganya RM20, manakala saham Abu Bhd harganya RM1. Mana satu yang lebih murah?

Jika kita bandingkan harga secara terus macam ni sudah pasti kita akan jawab saham Abu Bhd yang lebih murah.

Cuba kita bandingkan pula menggunakan P/E ratio.

Saham Ali Bhd:
i) Harga saham: RM20
ii) EPS: RM2
iii) P/E ratio: 10

Saham Abu Bhd:
i) Harga saham: RM1
ii) EPS: RM0.04
iii) P/E ratio: 25

Sekarang, saham manakah yang lebih ‘murah’?

Jika dibandingkan P/E ratio, sudah pasti saham Ali Bhd lebih murah. Cumanya kalau kita ingin membeli saham Ali Bhd, modalnya lebih besar.

Kesimpulannya, anda boleh menggunakan P/E ratio sebagai filter pada fasa awal untuk mencari saham-saham yang ‘murah’ dan berpotensi, tetapi anda tidak boleh membuat keputusan untuk membeli hanya dengan menggunakan P/E ratio semata-mata, banyak lagi perkara yang perlu diteliti dan dinilaikan.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.