LaburSantai
apple samsung

Apple, Samsung Dan Perang Harga

Isi Kandungan :

Dalam dua artikel sebelum ini kita sudah mengetahui bagaimana kenaikan gaji dan perubahan populasi memberi kesan terhadap turun naik permintaan.

Hari ada satu lagi punca turun naik permintaan yang perlu diketahui oleh kita semua?

Apa bendanya? Macam biasa, saya akan berikan contoh terlebih dahulu.

Ingat tak masa mula-mula telefon pintar mahu mengambil alih pasaran telefon bimbit dunia dulu?

Ketika itu, Apple dan Samsung bersaing sesama sendiri bagi menguasai pasaran telefon bimbit dunia yang sebelum ini dikuasai oleh Nokia.

Apple kelihatan seperti berada di depan apabila berjaya melancarkan iPhone pada tahun 2007 yang terus mendapat permintaan tinggi.

Walau bagaimanapun, telefon pintar yang dikeluarkan oleh Apple sangat mahal harganya.

Malah telefon pintar itu hanya dipakai oleh golongan ada-ada sahaja.

Samsung nampak peluang ini dan orang ramai sebenarnya sudah mula tertarik dengan telefon bimbit yang miliki skrin sesentuh.

Maka dengan itu Samsung mengeluarkan model Champ dan Corby dengan harga yang sangat murah.

Tindakan ini secara tidak langsung bakal menggangu permintaan terhadap iPhone.

Samsung tidak terhenti di situ sahaja, mereka mula keluarkan model Galaxy bagi melawan penguasaan Apple.

Sedikit demi sedikit Apple mula terganggu dengan tindakan agresif Samsung.

Hal ini ditambah lagi dengan Samsung begitu cepat mengeluarkan model baru dengan teknologi terkini tetapi agak sedikit murah berbanding Apple.

Senang cerita, permintaan terhadap telefon pintar Samsung meningkat kerana harga yang murah.

Hari ini pula permintaan semakin menurun kerana harga antara Samsung dan Apple hampir sama.

Shopee Dan T-shirt Hitam

Dah faham belum, tak faham juga? Tak apa, saya bagi contoh lain.

Katakanlah anda buka Shoppe hari ini dan ingin membeli baju. Anda pun scroll dan anda temui produk yang dimahukan.

Tetapi masalahnya sekarang, seller A jual baju berharga RM20 manakala seller B jual baju berharga RM50.

Secara logiknya anda akan memilih harga yang lebih murah.

Tapi sebelum itu anda lihat berapakah angka baju yang telah terjual antara kedua-dua seller.

Pastinya angka jualan seller A lagi banyak kerana jual baju dengan harga yang murah.

Beberapa bulan selepas itu anda nak beli baju lagi dan terjumpa seller yang sama.

Apa yang bikin anda pelik adalah angka jualan seller B lebih tinggi berbanding seller A.

Apabila anda memandang ke harga, barulah anda mengerti bahawasanya angka jualan seller B meningkat kerana penurunan harga.

Senang cerita, turun naik harga sesebuah produk juga akan ditentukan oleh harga produk lain.

Bermakna jika harga produk anda murah, maka permintaan meningkat dan sama seperti sebaliknya.

Apa yang boleh disimpulkan adalah persaingan antara dua jenama akan menentukan produk mana dapat permintaan tinggi.

Perang harga inilah sebenarnya memberikan banyak keuntungan kepada pelanggan khususnya.

Jadi dah habis ke pasal perkara-perkara yang boleh mempengaruhi turun naik harga barang?

Tunggu dulu, ada satu lagi sebenarnya.

Nak tahu?

Stay tuned.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.