ayam segar

Ayam Segar Dan Penurunan Harga

Isi Kandungan :

Dalam artikel yang lepas, kita semua sudah mengetahui cara pertama untuk membaca demand curve.

Hari ini pula kita akan beralih kepada cara kedua. Sebelum itu saya akan lampirkan sekali lagi graf untuk memudahkan pemahaman anda.

graf demand curve

Cara kedua adalah anda boleh baca secara menegak.

Macam mana tu?

Lihat draf di atas, anda boleh baca daripada angka 0 sehingga 35 yang menunjukkan harga minyak.

Senang cerita ianya memberi tahu kita berapa harga paling mahal yang sanggup dibayar oleh pembeli untuk mendapatkan minyak masak.

Mungkin ada yang masih tak faham, tidak mengapa saya akan berikan contoh mudah berdasarkan graf di atas.

Cuba lihat graf pada garisan mendatar, anda akan nampak angka 10, 25 dan 45 yang menunjukkan jumlah minyak masak terjual.

Kita pergi pula kepada garisan menegak, anda akan nampak nilai harga minyak masak bagi sebotol.

Dekat situ kita dapat simpulkan berapa harga paling tinggi yang pembeli mahu bayar berdasar jumlah botol minyak masak yang terjual.

Kita ambil satu jumlah di atas.

Katakanlah ada satu hari tu minyak masak memang sangat mahal dan paling murah adalah RM33.

Apa yang jadi masalahnya adalah bekalan minyak masak kurang dan permintaan terlalu tinggi.

Dekat sebuah pasar raya ni cuma ada 10 botol minyak sahaja.

Tak sampai 10 minit, 10 botol minyak masak tadi terus habis.

Hal ini menunjukkan pembeli sanggup membayar harga setinggi RM33 untuk dapatkan minyak masak walaupun tiada penurunan harga.

Perkara ini boleh juga digunapakai jika sesebuah produk itu harganya murah.

Andai kata anda pergi satu pasar raya dan terlihat ayam seekor dijual dengan harga RM3.

Dalam masa 1 jam sahaja, bekalan ayam sebanyak 100 ekor tersebut telah habis kerana berlaku penurunan harga.

Esok harinya pula pasar raya itu masih 100 ekor jual ayam dengan harga RM10 seekor.

Malangnya, ayam hanya terjual setakat 25 ekor sahaja.

Apa yang boleh disimpulkan adalah anda harus tahu bilakah masa yang sesuai untuk baca demand curve melalui kaedah mendatar ataupun menegak.

Ini penting untuk anda mengetahui bilakah masanya untuk anda dapatkan sesebuah produk dan perkhidmatan pada harga yang sesuai.

Malah ianya boleh menjadi amaran kepada peniaga untuk tidak menaikkan harga sesuka hati.

Bagi pihak peniaga pula, kedua-dua cara ini penting untuk mereka menjual barangan mengikut permintaan disamping menjana keuntungan jika stok kurang.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.