LaburSantai
bagaimana asb berfungsi

Bagaimana ASB Berfungsi: Pelaburan Atau Simpanan Biasa

Isi Kandungan :

Kehadiran Amanah Saham Bumiputera (ASB) sangat membantu golongan bumiputera untuk mula menyimpan dan melabur. Hal ini juga telah membantu mereka untuk keluar daripada belenggu kesempitan wang. Tapi bagaimana ASB berfungsi, untuk simpan atau labur?

bagaimana asb berfungso
Kredit: Mykmu

Apa Itu ASB

ASB merupakan unit amanah saham yang berharga tetap sebanyak RM1 seunit.

Setiap orang hanya dibenarkan melabur RM200,000 sebagai jumlah maksimum.

Namun had ini tidak terpakai jika perolehan dividen pelaburan melebihi had yang dibenarkan.

Bagi yang baru mula nak melabur dan menyimpan, ASB adalah tempat paling selamat kerana berisiko rendah serta sesuai untuk jangka masa panjang.

Paling seronok sekali adalah, pelaburan ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.

Baca juga Apa Itu Unit Trust (Amanah Saham)

Kenapa Perlu Simpan Dan Labur Di ASB

Terdapat 5 manfaat yang akan diperolehi jika anda menyimpan serta melabur di ASB iaitu;

  • Tiada fi permulaan
  • Fi pengurusan rendah – Hanya 0.35% setahun
  • Pulangan tetap – Dividen sebanyak 5% hingga 14%
  • Pengeluaran cepat – Boleh keluarkan maksimum RM1000 sebulan secara atas talian
  • Boleh digunakan untuk memohon overdraf

Bagaimana ASB Melabur

Menurut laporan tahunan ASB, berikut adalah bagaiman ASB berfungsi dan melabur:

  • Sehingga 90% dalam pasaran ekuiti
  • Sehingga 50% dalam pasaran kategori lain
  • Minimum 5% dalam asset tunai

Simpan Atau Labur?

Bagi yang mahu simpan dan tak nak duit itu terusik, ASB adalah jawapan paling tepat.

Hal ini demikian kerana untuk mengeluarkan wang dari ASB, caranya agak renyah.

Cara pertama, anda perlu lakukannya secara bersemuka.

Situasi ini pasti akan mengambil masa yang agak lama dan pasti akan membazir.

Cara kedua adalah anda hanya perlu keluarkan wang dari ASB secara dalam talian.

Nampak macam senang tapi had pengeluaran cuma RM1000. Transaksi pengeluaran yang dibenarkan adalah 3 kali.

Bagi yang melabur tapi sangat takut kepada kerugian, ASB juga adalah jawapan paling tepat.

Di ASB, risikonya sangat rendah malah dijamin oleh kerajaan.

Masalahnya dividen ASB rendah sangat tapi tidak mengapa kerana pulangannya konsisten.

Maka kerja anda hanya masukkan duit tiap bulan dan goyang kaki sahaja.

Kesimpulannya, itulah cara bagaimana ASB berfungsi bagi mereka yang ingin menyimpan atau melabur.

Tidak kisah sama ada simpan atau labur, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada anda. Jadi kepada yang belum buat ASB, tunggu apa lagi.

Mula simpan dan labur untuk masa hadapan.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.