LaburSantai
cara menyimpan

Bagaimana Cara Menyimpan Dana Kecemasan Dengan Efektif

Isi Kandungan :

Dana kecemasan adalah satu simpanan yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat Malaysia. Namun sayangnya, hampir 75% rakyat Malaysia tidak memiliki simpanan hatta RM1000 sekalipun. Hal ini terjadi kerana kita tidak tahu cara menyimpan yang efektif.

Malah ada yang meletakkan duit untuk simpanan kecemasan berada di carta paling belakang. Bermakna jika ada lebihan barulah dapat menyimpan.

Betul ke cara begitu?

Jadi apakah cara yang betul?

cara menyimpan
Kredit: Esqtraining

1. Kenali Diri

Sebelum mahu menyimpan, kenali diri terlebih dahulu. Maksudnya di sini, kita perlu ketahui berapa pendapatan dan komitmen dalam sebulan.

Selepas itu track perbelanjaan kita dalam masa sebulan seperti makanan dan langganan dalam talian.

Apabila dah kenal diri, kita boleh buang mana-mana perbelanjaan yang tidak memberikan manfaat.

Maka, perbelanjaan yang sudah dipotong sebentar tadi akan jadi duit lebihan.

Duit itu boleh digunakan sebagai permulaan untuk membuat simpanan.

cara menyimpan
Kredit: Travelogisma

2. Mulakan Menyimpan

Sebelum nak tahu cara menyimpan dana kecemasan yang lebih efektif, mahu tak mahu kita perlu mula menyimpan. Tapi masalahnya ada yang tak dapat langsung menyimpan kerana komitmen terlalu banyak.

Nak buat macam mana tu?

Kita kena faham, kita tidak perlukan modal yang besar untuk mula menyimpan.

Anda kata tak mampu simpan banyak, boleh simpan RM100.

Tak mampu juga, simpanlah RM50 sebulan.

Masih tak mampu?

Simpanlah sekadar RM10 dan kita akan perolehi RM120 dalam masa setahun.

Bila dah terbiasa menyimpan, kita boleh tingkatkan lagi jumlahnya. Bak kata orang lama-lama:

“Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain”

3. Simpan Dulu Baru Bayar Komitmen

Masalah utama kita hari ini adalah gemar berhutang dan jadikan duit hasil pendapatan hanya untuk membayar komitmen.

Ada lebihan baru terfikir untuk menyimpan tapi biasanya memang cukup-cukup makan sahaja.

Jadi apa cara menyimpan yang boleh digunakan?

Setiap kali dapat gaji, asingkan dulu 10% untuk simpanan dana kecemasan dan selebihnya barulah bayar komitmen.

Katakanlah gaji anda adalah RM1500 sebulan, asingkan 10% sebanyak RM150 simpanan dana kecemasan.

Dalam masa setahun, anda akan dapat RM1800 dan cukup untuk cover hidup anda selama sebulan jika terjadi apa-apa perkara luar kawalan.

Tak tahu nak simpan macam mana? Boleh baca artikel Tips Menyimpan Wang: Cara Bijak Simpan Wang Dengan Berkesan

4. Asingkan Dana Kecemasan Ke Tabung Lain

Kadang-kadang kita ada tabiat menggunakan duit simpanan terutamanya jika diletakkan di tempat yang mudah dicapai.

Oleh sebab itu, simpanan kita asyik statik sahaja kerana tangan yang mengambil sama banyak dengan tangan menyimpan.

Jadi apa tempat paling bagus untuk simpan dana kecemasan?

Jawapannya adalah ASB dan Tabung Haji.

Kedua-duanya adalah tempat yang agak sukar untuk kita capai.

Sebagai contoh di ASB, kita tidak boleh sesuka hati mengeluarkan duit sebagaimana akaun simpanan biasa.

Walaupun hari ini, duit dari ASB boleh dikeluarkan secara dalam talian tetapi agak renyah.

Kita hanya dibenarkan mengeluar maksimum RM500 sahaja.

Kalau nak lebih banyak kena pergi kaunter.

Kalau nak tahu lebih lanjut macam mana nak keluarkan duit dari ASB secara dalam talian boleh klik DI SINI

cara menyimpan
Kredit: Buka Brankas

5. Konsistensi

Buat nak apa-apa perkara dalam dunia ini, konsistensi adalah sangat penting. Sama juga seperti menyimpan untuk dana kecemasan.

Mungkin ada yang beranggapan simpanan dana kecemasan untuk 3 hingga 6 bulan gaji sudah mencukupi.

Selepas itu kembali kepada tabiat lama.

Salah tanggapan itu kerana akan membuat kita mula menyentuh kembali dana kecemasa tersebut.

Apabila jumlah dana kecemasan sudah mencukupi, teruskan sahaja tabiat itu sehingga jadi satu kebiasaan.

Tapi elakkan juga kejadian tidak konsisten ketika simpanan dana kecemasan belum mencapai 3 hingga 6 bulan gaji.

Hal ini akan membuatkan kita tertekan dan pada akhirnya terguna duit itu untuk perkara sia-sia.

Dah baca 5 cara menyimpan dana kecemasan di atas? Jadi tunggu apa lagi, ayuh sama-sama kita mula menyimpan. Kalau boleh terus hapuskan stigma bahawasanya majoriti daripada kita langsung tak mampu menyimpan.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.