LaburSantai
bersara

Berapa Anda Perlukan Untuk Bersara?

Isi Kandungan :

Artikel ini pertama kali diterbitkan di newsletter Labur Santai.

Saya rasa majoriti dalam kalangan pembaca artikel ini masih muda lagi. Mungkin antara 25-35 tahun.

Dan bagi orang muda, persaraan bukanlah satu keutamaan.. Masih banyak matlamat lain yang belum tercapai seperti nak kahwin, beli rumah, nak capai RM10,000 pertama dan lain-lain.

Jadi agak sukar untuk kita fikirkan perkara yang akan berlaku 20-30 tahun lagi. Tapi ini tidak bermaksud kita boleh abaikan terus topik persaraan ni.

Kalau terlampau berjimat, banyak sangat menyimpan. Mungkin kita akan menyesal apabila tua nanti kerana tidak menikmati hidup di usia muda, ketika kudrat masih lagi kuat.

Sebaliknya jika kita tidak menyimpan lansung, YOLO, kita akan menyesal kerana terpaksa bekerja sampai bila-bila.

Saya pilih titik tengah antara keduanya. Menyimpan dan nikmati hidup dalam masa yang sama. Tidak kedekut dan tidak membazir.

Cari titik tengah anda.

Berapa Kita Perlukan Untuk Bersara?

Cara terbaik untuk tahu berapa jumlah simpanan diperlukan untuk bersara adalah berjumpa Perancang Kewangan Berlesen. Mereka boleh kirakan secara terperinci dan untuk anda.

Tapi, kalau nak kira sendiri pun boleh. Bagaimana? Gunakan sahaja retirement calculator yang ada di internet.

Ini satu kalkulator yang bagus: Retirement Calculator 

Anda masukkan umur semasa, umur persaraan, gaji semasa. Kemudian kalkulator ini akan kira berapa jumlah tabung persaraan diperlukan.

Jumlah tabung persaraaan dikira dengan andaian belanja bulanan anda selepas bersara bersamaan 2/3 gaji terakhir anda.

Apa yang saya suka dengan kalkulator ini adalah dia mengambil kira juga jumlah simpanan dalam KWSP.

Jadi anda boleh tahu berapa anda perlu tambah (on top of KWSP) supaya tabung persaraan mencukupi.

tabung persaraan

Contohnya dalam carta di atas kita perlukan RM1,036,590 untuk bersara. Dalam KWSP ada RM697,258.

Kita perlu tambah (top up) RM339,332 supaya tabung persaraan mencukupi.

Berapa kita perlu simpan untuk capai RM339,332?

Ini anda boleh gunakan financial calculator.

Ini contoh kiraan berdasarkan pulangan 6% setahun. Untuk capai sasaran, kita perlu simpan RM4,292 setahun bersamaan RM358 sebulan.

financial calculator

“Aku mana mampu simpan banyak tu setiap bulan”

Sabar, bertenang dulu.

Kira-kira ini hanyalah panduan kepada kita. Tidak perlu ikut 100%.

Mula ikut kemampuan diri. Kalau hanya mampu simpan RM100 sebulan, simpan RM100 dahulu. Dalam masa sama, cuba tingkatkan pendapatan. Tingkatkan kemahiran, dapatkan kerja lebih baik. Atau boleh mulakan side hustle.

Bila pendapatan dah meningkatkan, tingkatkan simpanan. Jangan gaya hidup naik sama laju sama dengan kenaikan pendapatan. Memang sukarlah kita nak menyimpan.

Perkara paling penting adalah membina tabiat menyimpan seawal mungkin.

Jangan terperangkap dalam hedonic treadmill.

Apa itu hedonic treadmill? Baca di sini.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.