nilai aset bersih

Berapa Nilai Kekayaan Anda?

Isi Kandungan :

Apa itu Penyata Nilai Bersih?

Penyata Nilai Bersih adalah penyata yang menunjukkan senarai aset-aset (harta-harta) dan liabiliti (hutang-hutang) yang kita ada. Dalam bahasa Inggeris, penyata nilai bersih disebut sebagai networth statement.

Apa itu Nilai Bersih?

Nilai Bersih bermaksud nilai selepas kesemua nilai aset (harta) ditolakkan dengan kesemua nilai liabiliti (hutang) yang sedia ada.

Nilai bersih = Jumlah Aset – Jumlah Liabiliti

Mempunyai nilai bersih positif bermaksud anda berada dalam keadaan jauh daripada kebangkrapan. Jika negatif, alamat bahawa perangkap kewangan iaitu muflis bakal mengundang tiba.

Kenapa kena buat Penyata Nilai Bersih?

Mudah. Ada dua (2) tujuan penting kenapa setiap individu perlu ada Penyata Nilai Bersih.

  • Pertama – nak tahu keadaan semasa kewangan kita. Tenat atau selesa?
  • Kedua – sebagai kayu ukur samada diri kita semakin dekat atau semakin jauh dengan objektif kewangan masing-masing.

Berapa kerap kena semak Nilai Bersih?

Sebaik-baiknya semak setiap bulan, untuk memberi motivasi supaya meningkatkan Nilai Bersih. Cara memperbaiki Nilai Bersih adalah dengan menambahkan aset (cara mudah adalah menyimpan dan melabur) atau mengurangkan hutang-piutang.

Bagaimana cara nak buat Penyata Nilai Bersih?

Sebenarnya caranya adalah ter-sangat mudah. Tidak memerlukan pengetahuan matematik yang tinggi. Gunakan matematik asas sahaja, tahu tambah tolak sudah memadai.

Langkah Mudah Mengira Nilai Bersih

Langkah pertama, senaraikan setiap harta yang dimilik oleh seseorang.

  • Segala duit yang ada di akaun simpanan, akaun semasa atau akaun simpanan tetap. Kalau ada lima (5) bank, senaraikan kesemuanya.
  • Segala duit pelaburan yang ada. Kalau ada 10 kaunter saham, letak nilai semasa. Kalau ada pegangan 10 Unit Amanah, letak nilai semasa.
  • Nilai semasa kereta atau motor. Macam mana nak tahu nilai semasa? Tanya kawan-kawan, tengok Internet atau semak dengan perunding Takaful kenderaan.
  • Nilai semasa rumah. Lihat di mudah.my, iproperty untuk tahu berapa nilai semasa rumah. Boleh juga tanya rakan-rakan ejen rumah atau tanya jiran yang baru jual rumah.
  • Kelengkapan rumah. Nilai pun agak-agak kalau dijual hari ini berapa boleh dapat.
  • Perhiasan peribadi. Macam berlian, rantai emas dan lain-lain.
  • Nilai Tunai Takaful. Telefon sahaja pihak Takaful, tanya berapa nilai Takaful hari ini (ini untuk penyumbang Takaful berkaitan Pelaburan).

Langkah kedua, senaraikan setiap hutang-hutang yang ada.

  • Hutang rumah yang masih tertunggak. Telefon bank untuk tahu atau semak di perbankan internet.
  • Hutang kereta yang masih ada.
  • Baki hutang kad kredit. Buka penyata kad kredit.
  • Baki hutang belajar. Buka penyata kalau ada.
  • Hutang-hutang lain jika ada seperti hutang dengan kawan, hutang dengan kedai motor.

Nak lebih mudah? Semak sahaja di penyata CCRIS. Dalam penyata sudah disenaraikan jumlah hutang semasa.

Boleh daftar CCRIS secara online di sini.

Cara lain, muat turun aplikasi CTOS. Bayar amaun dalam RM20++. Anda akan dapat penyata terkini hutang-hutang yang anda sedang tanggung.

Langkah ketiga, jumlahkan segala harta / aset.

Langkah keempat, jumlah segala hutang-piutang.

Langkah kelima, jumlah harta/aset tolak hutang-piutang.

Positif?

Bagus.

Negatif?

Anda bakal berpotensi menambahkan peratus golongan muflis di Malaysia. Segera menyelesaikan segala hutang-piutang yang ada. Pastikan aliran tunai positif. Ada lebihan yang banyak setiap bulan, bermaksud anda mempunyai duit yang banyak untuk menyelesaikan hutang-piutang.

Jadikan ini prioriti utama apabila hendak memperbaiki angka Nilai Bersih.

Topik seterusnya: Konsep Kecairan Aset

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.