burger

Buat Untung Jual Burger Guna Supply Curve

Isi Kandungan :

Dalam artikel lepas, kita sudah belajar banyak tentang demand curve serta contoh-contoh yang mudah. Hari ini kita nak belajar pula tentang pasangan demand curve iaitu supply curve.

Apa yang dimaksudkan dengan supply curve?

Secara mudahnya, supply curve menunjukkan adakah penjual mampu menjual produk ataupun perkhidmatan mereka dengan harga yang berbeza.

Ianya membawa maksud, semakin meningkat harga sesuatu produk, semakin meningkat juga angka jualan.

Misalanya anda jual burger daging biasa dengan harga RM1.50 sebijik.

Tapi anda hanya mampu menjual 15 bijik burger sahaja untuk satu malam.

Katakanlah anda naikkan kepada RM2, maka burger yang berjaya anda jual menjadi 25 bijik.

Masalahnya sekarang, ada ke perkara seumpama itu?

Ya ada tapi kita yang tak perasan.

Tak faham? Ok tak apa, saya akan terangkan dengan lebih detail.

Supply Curve bikin Apple makin untung?

Sebelum kemunculan telefon pintar secara besar-besaran, Nokia merupakan satu-satunya syarikat yang berjaya memonopoli pasaran telefon bimbit.

Ketika itu, siapa yang pakai Nokia boleh dianggap sebagai idola.

Hal ini telah membuatkan Nokia mendapat begitu banyak keuntungan sehingga model 1100 berjaya menjadi telefon bimbit terlaris di dunia dengan 250 juta unit telah terjual.

Namun, kebangkitan Apple pada tahun 2007 telah menyebabkan Nokia secara perlahan-lahan mula merudum.

Tahun itu juga menyaksikan Apple mengeluarkan model telefon pintar dengan skrin sesentuh iaitu iPhone berharga $499.

Kredit: Lifewire

Model tersebut terus dapat sambutan dengan 6 juta unit berjaya terjual!!!

Persoalannya sekarang apa kaitan dengan supply curve?

Macam yang saya cakap tadi, supply curve adalah kemampuan pengeluar menjual produk sama dengan harga berbeza tetapi masih mampu dapat angka jualan tinggi.

Sekarang kita buat perbandingan sedikit, iPhone generasi pertama berharga $499 yang dikeluarkan pada tahun 2007 berjaya terjual sebanyak 6 juta unit.

Ketika tahun 2014, Apple telah mengeluarkan model iPhone 6 dan iPhone 6+ dengan harga $649.

Paling mengejutkan sekali apabila model ini berjaya terjual sebanyak 222 juta unit di seluruh dunia.

Angka itu hanya kurang sedikit sahaja berbanding dengan telefon bimbit terlaris di dunia iaitu Nokia 1100.

Dekat sini anda boleh lihat sekali angka jualan antara dua model tersebut berbeza walaupun salah satunya murah.

Biasanya orang akan kaitkan, harga murah akan bikin jualan sesuatu produk itu terus meningkat secara mendadak.

Walau bagaimanapun, berbeza pula dengan supply curve apabila kuantiti yang lebih banyak dapat dibekalkan apabila harga meningkat.

Persoalannya macam ianya boleh berlaku, logik ke?

Kalau nak tahu logik ke tak, saya akan terangkan dalam artikel yang seterusnya.

Buat masa sekarang ayuh kita fahamkan bersama-sama secara asas apa itu supply curve.

Jadi bila dah faham, kita tak rasa pelik kenapa harga naik pun masih lagi mampu jual dan buat untung.

Apa-apa pun stay tuned.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.