LaburSantai
mengurus wang

Cara Bijak Urus Wang

Isi Kandungan :

Hati-hati dengan perbelanjaan kecil. Lubang kecil mampu menenggelamkan sebuah kapal besar

Benjamin Franklin

Mencari sumber kewangan dan mengurus sumber kewangan adalah dua cabang berbeza.

Ada individu mampu mencari RM1 juta sebulan. Tetapi disebabkan tiada ilmu pengurusan wang yang cekap, hasil RM1 juta boleh dihabiskan dalam masa sehari.

Tidak kira seberapa banyak pun pendapatan kita setiap bulan, jika tidak dikawal kita tidak akan berjaya mencapai tahap kewangan yang baik. Jangan terkejut jika ada yang dah berpendapatan 5 angka pun masih belum cukup tabung kecemasannya.

Dan jangan terkejut juga jika ada yang berpendapatan rendah tapi mampu ada simpanan puluhan ribu hasil usaha menyimpan dari awal.

Seperti dibicarakan sebelum ini, nikmat yang diberi oleh Allah perlu diurus sebaik-baiknya. Harta adalah amanah daripada Allah. Kita tidak boleh nafikan ilmu pengurusan kewangan adalah ilmu yang perlu dikuasai oleh setiap Muslim pada hari ini.

Kita tidak mahu jadi seperti pepatah Melayu “Semakin besar periuk semakin besar keraknya“. Kita mahukan periuk yang besar tetapi keraknya sedikit.

Pengurusan kewangan peribadi tidak serumit pengurusan kewangan sebuah syarikat. Asasnya adalah sama. Bagi menguruskan wang dengan bijak ia memerlukan atur cara dan disiplin yang tinggi dalam perlaksanaannya.

Malah, pengurusan kewangan bukan sekadar urus tetapi menetapkan kompas untuk diri kita ke mana mahu pergi. Ke mana destinasi kita? Pengurusan kewangan perlu diselarikan dengan matlamat kewangan yang bakal dibicarakan pada bahagian akhir bab ini.

Bahasa Wang Yang Anda Perlu Tahu

Sebelum mengurus kewangan, kita perlu biasakan dengan terma-terma seperti:

  1. Pendapatan dan Perbelanjaan
  2. Aliran Tunai
  3. Aset dan Liabiliti
  4. Penyata-Penyata Kewangan
penyata kewangan

Ini adalah bahasa wang atau jargon yang digunapakai oleh pekerja bank, perancang kewangan, penasihat kewangan atau sesiapa sahaja yang bijak mengawal kewangan. Bahasa ini perlu dikuasai dan difahami supaya proses perancangan kewangan itu lebih mudah dicerna.

Jika anda faham jargon ini dan tahu bagaimana nak menggunakannya, inshaAllah akan akan berjaya mengurus wang dengan bijak.

Topik seterusnya: Jenis-jenis Perbelanjaan

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.