tracking perbelanjaan

Cara Tracking Perbelanjaan

Isi Kandungan :

Melakukan tracking perbelanjaan adalah perkara wajib untuk mengenalpasti kebocoran kewangan peribadi. Mulakan dengan kenalpasti setiap perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan.

Orang dahulu menggunakan buku nota 555 (buku nota kecil ada tulisan 555 di muka hadapan), untuk mencatat setiap butir perbelanjaan harian.

Asingkan mengikut kategori;

  1. Perbelanjaan Tetap
  2. Perbelanjaan Boleh Ubah
  3. Perbelanjan Pilihan.

Kenalpasti adakah itu perbelanjaan jenis keperluan atau kehendak seperti yang diterangkan dalam artikel sebelum ini.

“Susah la guna buku nota, takkan nak bawa je ke mana-mana”

Tak mahu menggunakan buku nota? Gunakan nota digital untuk catat setiap butir perbelanjaan. Nak lebih advance? Muat turun aplikasi di telefon pintar seperti:

  • Spending Tracker
  • Money Manager
  • MyTabung (aplikasi oleh Bank Negara Malaysia)

Aplikasi ini sangat berguna jika kita sendiri rajin mencatat setiap perbelanjaan. Kali pertama memang remeh sedikit. Praktik sehingga menjadi rutin.

“Hmm, tak rajin lah nak catit setiap kali lepas belanja”

Jangan risau, sekarang dah ada aplikasi yang membantu kita mencatit perbelanjaan dan pecahkan perbelanjaan ini mengikut kategori.

Dompet digital MAE oleh Maybank ada menyediakan kemudahan ini. Kekurangnnya, hanya perbelanjaan melalui MAE sahaja yang dicatit, perbelanjaan tunai atau kad bank lain tidak boleh dimasukkan.

aplikasi MAE
Aplikas MAE

Kalau anda pengguna tegar pembayaran digital, MAE sangat berguna untuk anda. Tak perlu susah-susah catat secara manual.

Akhir sekali, tidak kira cara apa sekali pun, pastikan kita catat dan track perbelanjaan kita. Dah track anda perlu semak semula, tengok di mana anda kebocoran berlaku. Mungkin terlebih beli Starbucks, tershopping online tanpa sedar. Kurangkan kebocoran ini.

Contohnya biasa belanja RM500 sebulan di Shoppe, pecahkan daripada RM500 berapa bahagian keperluan dan kehendak. Kalau bahagian kehendak tinggi, usaha untuk kurangkan.

Tak buat ini, sebarang kebocoran kewangan tidak boleh diselesaikan.

Topik seterusnya: Konsep Aliran Tunai Dalam Pengurusan Kewangan

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.