LaburSantai
contoh riba

Contoh-contoh Riba

Isi Kandungan :

Contoh Riba : Perdagangan Mata Wang

Hari ini banyak transaksi terdedah dengan riba. Seorang Muslim perlu berhati-hati apabila melibatkan diri dalam urusniaga perdagangan. Urusan perbankan senang terlibat dengan riba disebabkan benda yang didagangkan adalah wang.

Bagaimana pula dengan Perdagangan Matawang Asing atau FOREX (Foreign Exchange)?

FOREX adalah satu transaksi perniagaan yang menjadikan wang sebagai barang dagangan. Transaksi ini antara matawang negara A dan negara B (dua matawang yang berbeza). Transaksi berlaku di seluruh dunia dalam 24 jam sehari.

Matawang tidak disebut dalam benda ribawi, tapi konsep riba perlu tahu. Jika ingin membuat penukaran matawang (Dollar ke Ringgit) juga perlu berlaku secara ‘spot’. Mesti berlaku pada waktu itu juga.

Urusniaga matawang di booth-booth tukaran matawang asing atau pengurup wang, hukumnya harus kerana transaksi berlaku pada waktu itu (spot) dan secara berhadapan (hand by hand).

Di Malaysia, hanya syarikat yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja yang boleh menawarkan perhidmatan kewangan baru urusan jual beli matawang.

FOREX atau dagangan penukaran matawang asing, jika ianya tidak jelas atau tidak berlaku secara ‘spot’, hindarkan. Terutama FOREX secara atas talian (online). Ketika artikel ini ditulis, tiada satu pun broker-broker online tempatan atau luar negara menawarkan FOREX Online yang berlandaskan syariah.

Untuk fatwa tentang FOREX boleh rujuk di sini.

Contoh Riba : Pembelian Emas Tanpa Fizikal

Pembelian emas fizikal adalah diharuskan dan mestilah bebas daripada elemen-elemen riba yang telah diterangkan sebelum ini.

Walau bagaimana pun, sekarang kita sudah boleh membeli emas secara atas talian. Ada beberapa institusi menawarkan pembelian emas dengan mudah iaitu serendah 1g dan hanya menggunakan transaksi buku tanpa emas fizikal diberikan kepada pembeli emas. Transaksi ini menggunakan Akaun Pelaburan Emas atau Gold Investment Account (GIA).

Ada juga syarikat-syarikat jual beli emas, menggunakan medium transaksi atas talian (online). Tetapi pada masa yang sama menawarkan bahawa emas itu boleh dikeluarkan bila-bila masa melalui mana-mana cawangan.

Bagaimana pula hukum membeli emas tanpa fizikal?

Emas termasuk dalam kategori barangan ribawi. Telah jelas diterangkan kedudukan emas dalam ayat-ayat Al-Quran.

Emas sepatutnya jual beli secara tunai, atau berlaku pada waktu itu (spot). Pembelian emas tidak boleh ditangguhkan dari segi masa. Oleh itu, pembelian juga tidak boleh dibuat secara ansuran.

Ambil langkah berhati-hati apabila melibatkan diri dalam transaksi urusniaga jual beli emas. Pilihlah platform pelaburan emas yang patuh syariah.

Topik seterusnya: Pemahaman Tentang Gharar

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.