LaburSantai
Ramly Mokni

Datuk Ramly Mokni: Bapa Burger Negara

Isi Kandungan :

Bapa burger Malaysia iaitu Datuk Ramly Mokni berpegang teguh dengan kalimat; jika orang lain boleh berjaya, pasti kita semua juga akan turut mampu berjaya.

Malah beliau juga berkata “tiada jalan pintas untuk berjaya”.

Buat pengetahuan semua, Datuk Ramly Mokni adalah pengasas Ramly Burger.

ramly burger
Kredit: Orang Perak

Sebut sahaja burger, pasti Ramly Burger akan meniti dibibir sehingga jenama lain berasa cukup terasing.

Boleh dikatakan Ramly Burger telah memonopoli hampir kesemua kedai burger tepi jalan sehingga menjadi sangat sinonim dengan rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk beliau berada pada tahap hari ini kerana perlu menghadapi begitu banyak rintangan.

Ditambah juga beliau bukan seorang yang berpendidikan tinggi dan hanya bekerja sebagai pemotong daging sahaja sebelum menubuhkan Ramly Burger.

Pemotong daging dan penubuhan Ramly Burger

Ketika menjadi pemotong daging, beliau lihat tiada langsung daging sejuk yang benar-benar halal di pasaran Malaysia. Dekat sinilah juga, usahawan akan berfungsi dalam komuniti iaitu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Jadi beliau mula berfikir untuk menghasilkan burger sebagai alternatif daging sejuk beku.

Masalahnya sekarang rakyat Malaysia ni lidah sambal belacan.

Nampak tak, Datuk Ramly Mokni sangat berani meneroka pasaran baru walaupun menghampiri kegagalan.

Tapi hal itu berjaya diatasi oleh beliau dan burger mula mendapat tempat dihati masyarakat. Mahu tak mahu, beliau perlu perbanyakkan pengeluaran dengan membuka kilang tapi modal tak cukup.

Maka beliau ambil keputusan untuk membuat pinjaman kewangan daripada MARA. Namun perkara lain pula terjadi apabila pihak MARA tak luluskan dengan alasan rakyat Malaysia tak makan burger.

Penolakan tersebut tidak memberi kesan kepada beliau kerana selepas itu berjaya mendapatkan pinjaman daripada Bank Pembangunan.

Duit itulah yang digunakan beliau untuk membangunkan Ramly Burger sehingga menjadi gemilang seperti hari ini.

Bukan setakat itu sahaja, beliau juga telah membantu ramai rakyat Malaysia dengan membekalkan daging burger kepada penjual tepi jalan.

Boleh dikatakan Datuk Ramly Mokni memberi kembali apa yang dia sudah kecapi untuk masyarakat.

Disebalik semua kesukaran dan kejayaan Ramly Burger, pasti ada nasihat ataupun tips untuk kita terutamanya usahawan muda.

Jadi dekat bawah ini saya akan senarai 4 nasihat daripada Datuk Ramly Mokni.

Moga beri manfaat.

1. Berani dan bijak mengambil peluang

Boleh bermula dengan modal yang kecil untuk menghasilkan produk sendiri dan membuka premis kecil-kecilan.

Kalau bijak dan berani, anda boleh terokai pasaran baru sama sebagaimana Datuk Ramly Mokni tetapi harus bersedia dengan risiko kerugian.

Jika berjaya, anda akan menikmati keuntungannya malahan bakal mendominasi pasaran tanpa pesaing yang mampu menggugat.

Ramly Burger sendiri memerlukan masa lebih kurang dua tahun sebelum ianya diterima oleh kesemua lapisan masyarakat.

Jadi, apa alasan anda untuk tidak menjadi berani dan bijak?

2. Tidak mudah berputus asa

Usahawan harus berusaha dalam memajukan perniagaan dengan menggunakan teknologi terkini.

Hari ini, begitu banyak badan yang menawarkan pinjaman untuk mengembangkan perniagaan dan anda kena gunakan kesempatan itu.

Jika pihak A tidak luluskan pinjaman anda, boleh mohon kepada pihak B sehinggalah ianya lulus.

Anda harus bersedia dengan pelbagai dugaan yang mendatang dan terus yakin dengan perniagaan tersebut.

3. Mampu untuk bertahan

Keadaan ekonomi yang mencabar adalah perkara biasa dalam perniagaan.

Jadi bila ekonomi gawat, fokus perniagaan bukan lagi untuk menjana keuntungan tetapi sekadar cukup untuk balik modal dan bertahan.

Kebiasaannya mereka yang sudah lama dalam dunia perniagaan, pasti miliki simpanan untuk menghadapi tempoh kegawatan ekonomi.

Jadi kepada peniaga di luar sana, anda perlu betul-betul bersedia menghadapi saat sukar.

Jika tidak, mungkin syarikat anda akan terkubur tapi kalau mampu, anda akan mencapai keuntungan ketika ekonomi berkembang.

4. Hidup berprinsip

Perkara paling penting untuk mulakan perniagaan adalah memiliki prinsip yang jelas.

Antara prinsip yang dipegang oleh Datuk Ramly Mokni adalah jujur, rajin, berusaha bersungguh-sungguh, membantu orang yang memerlukan dan membayar zakat.

Prinsip ini juga disarankan untuk digunapakai oleh peniaga-peniaga baru di luar sana.

Menurut Datuk Ramly Mokni lima prinsip itu perlu untuk berjaya kerana walau kaya macam mana sekalipun, jika tidak berpegang kepada prinsip tersebut, kita tidak akan mampu bertahan.

Kata-Kata Perangsang

“Kegagalan dan cabaran adalah perkara biasa bagi usahawan. Kalau gagal boleh cuba sekali lagi.”

“Ciri-ciri yang ada dalam diri Rasulullah s.a.w. yang sentiasa optimistik, rajin, jujur, tanam keazaman yang tinggi dan tabah telah berjaya menghadapi segala cabaran dalam perniagaan dan sifat-sifat ini telah menjadi tunjuk arah kepada saya dalam perniagaan.”

“Jika pada awal perniagaan, orang kata tiada rakyat Malaysia yang nak makan burger tapi saya buktikan, berkat usaha yang bersungguh-sungguh, tiada yang mustahil.”

“Ketika zaman gawat, fokus bisnes bukan lagi untuk membuat keuntungan, tetapi cukup sekadar untuk ‘break-even’ dan bertahan.”

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.