harga durian

Durian dan Demand Curve

Isi Kandungan :

Anda dah faham belum apa itu demand curve dalam artikel yang lepas?

Kalau dah faham, anda mesti boleh hadam artikel hari ini.

Seperti yang saya beritahu, demand curve tidak hanya terjadi kerana promosi semata-mata, ada juga sebab lain.

Rasanya semua tahu sebelum berlakunya serangan Covid-19, dunia sedang dilanda krisis minyak dunia yang berpunca daripada Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Russia.

Masa tu, harga minyak menjadi sangat rendah ekoran pengeluaran secara berlebihan oleh Russia. Semua ini terjadi kerana ketidakpuashatian Russia terhadap Amerika Syarikat yang bebas keluarkan minyak sesuka hati.

Manakala Russia dan negara OPEX terpaksa kurangkan pengeluaran minyak mereka bagi menstabilkan kembali harga minyak.

Jadi apa kaitannya dengan demand curve? Sabar dulu.

Kejatuhan harga minyak dunia sebenarnya telah memberikan kegembiraan kepada sekalian rakyat Malaysia.

Eh kenapa pula?

Ketika bulan April 2020, harga petrol RON95 menjadi serendah RM1.30 untuk satu liter manakala RON98 mencatatkan penurunan sehingga RM1.60 bagi jumlah yang sama.

Perkara ini sangat jarang terjadi di Malaysia.

Tapi masa tu kan PKP, mana ada orang keluar dan nak isi minyak.

Ya betul tapi bukan itu saya nak fokuskan.

Tahukah anda, RON95 adalah pilihan utama rakyat Malaysia untuk mengisi petrol ke dalam kenderaan mereka. RON97 pula jarang digunakan ekoran harganya yang sedikit mahal.

Penurunan mendadak harga petrol ketika April 2020 telah membuatkan ramai rakyat mula beralih arah ke RON97.

Senang cerita apabila harga menurun, maka permintaan meningkat dan begitu jugalah yang sebaliknya. Itulah dinamakan sebagai demand curve, bermaksud harga turun bukan hanya sebab promosi tetapi kerana pasaran.

Durian dan keluk permintaan

Masih lagi tak faham? Saya bagi contoh mudah, durian misalnya.

Bila tiba sahaja musim durian pasti raja buah itu akan dijual dengan sangat mahal terutamanya melibatkan baka Musang King. Harganya sahaja paling murah adalah sekitar RM60 hingga RM75 sekilogram.

Tapi jangan terkejut kenapa harganya mahal. Ianya kerana durian Musang King merupakan produk Malaysia yang akan dieksport ke China, Australia dan Amerika Syarikat.

Akhirnya rakyat Malaysia terpaksa mencari durian yang lebih murah seperti durian kampung.

Namun pada tahun lepas, harga durian Musang King telah jatuh dengan teruk akibat Covid-19. Musang King yang sangat terkenal dengan harga mahal hanya dijual sekitar RM24 hingga RM33 sekilogram.

Secara tidak langsung permintaan terhadap Musang King bagi pasaran tempatan semakin meningkat ekoran eksport yang menurun dan larangan kemasukan pelancong.

Secara ringkasnya, permintaan terhadap sesuatu produk itu akan kembali meningkat jika berlaku kekurangan harga kerana pasaran. Jadi mungkin mereka yang gemarkan barangan di bawah harga pasaran boleh membeli ketika harga turun mendadak.

Dah faham? Sekarang kita dah habis berbicara mengenai topik demand curve.

Selepas ini kita akan masuk pula tajuk supply curve.

Haa mesti anda semua tak sabar nak baca? Tak mengapa, tunggu sedikit masa lagi untuk artikel seterusnya.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.