harum manis

Harum Manis Dan Teori Harga Keseimbangan

Isi Kandungan :

Kita tahu dalam beberapa artikel yang lepas membicarakan bagaimana pengguna & peniaga memberi respon terhadap perubahan harga barang melalui supply curve dan demand curve.

Kali ini kita akan selongkar bagaimana aktiviti jual beli sebenarnya secara tidak langsung telah menentukan harga sesuatu produk ataupun perkhidmatan.

Sebelum apa-apa, anda perlu kenal dulu apa yang dimaksudkan dengan harga keseimbangan .

Secara asasnya, harga keseimbangan boleh berlaku apabila kuantiti barang yang diminta sama dengan kuantiti barang yang telah dihasilkan.

Senang cerita, anda ada tanam harum manis dan buah itu dapat dijual dengan harga yang stabil kerana penawaran & permintaan berada dalam jumlah sama.

Kenapa pula ianya dipanggil sebagai harga keseimbangan?

Setinggi mana pun harga sebuah barangan itu boleh naik, ianya akan tetap turun sehingga mencapai harga standard.

Macam yang kita semua faham, harga akan naik apabila permintaan meningkat. Tetapi harga akan kembali stabil apabila penawaran dan permintaan adalah sama.

Perkara ini boleh diibaratkan macam meletakkan sebijik guli di atas sebuah mangkuk.

Setinggi mana pun anda letakkan guli tersebut, ianya tetap jatuh ke kawasan yang membolehkan guli tersebut berhenti.

Jadi macam mana pula kalau penawaran berlebihan tapi permintaan sangat sedikit, adakah kena sembunyikan stok atau boleh gunakan teori harga keseimbangan?

Jawapan yang paling tepat adalah anda boleh gunakan teori harga keseimbangan.

Bagaimana nak guna sebab dikhuatiri harum manis terpaksa dijual di bawah harga standard?

Usah pening-pening dan gelabah, setiap persoalan pasti ada penyelesaiannya.

Perkara pertama yang perlu anda semua fahami adalah, pembeli tidak akan sesekali bersaing dengan penjual.

Pembeli bersaing dengan pembeli lain

Pembeli akan bersaing dengan pembeli lain melalui teknik bidaan tertinggi.

Sebagai contoh, anda baru sahaja beli secara ansuran motorsikal Yamaha LC 135z dan anda mahu nombor plat JDT.

Jadi anda dikehendaki membuat bidaan untuk bersaing dengan orang lain.

Harga tertinggi yang mampu ditawarkan oleh seseorang pembeli itu akan memenangi bidaan.

Penjual bersaing sesama sendiri

Sama juga dengan penjual kerana mereka akan bersaing sesama sendiri.

Macam mana mereka bersaing?

Jawapannya mudah dan anda biasa melihatnya iaitu menjual sesebuah barang dengan harga lebih murah berbanding harga biasa.

Bayangkan anda ini seorang peminat tegar susu segar Farm Fresh berperisa coklat.

Anda pergi ke Aeon untuk membeli susu tersebut dan anda melihat harganya adalah sekitar RM8.

Anda merasakan harganya agak mahal walaupun itu adalah harga standard, maka anda bergerak ke Giant untuk lihat berapa harga susu yang sama.

Anda dapatinya harganya lebih rendah iaitu sekitar RM6.95.

Itulah cara biasa yang digunakan oleh para peniaga untuk bersaing sesama sendiri bagi memenangi hati pelanggan.

Persoalannya sekarang macam kesimbangan harga ini berjalan?

Harga harum manis boleh turun guna teori harga keseimbangan?

Katakanlah harga harum manis adalah sekitar RM97 sekilogram dan harga standard pula adalah RM49 bagi berat yang sama.

Dekat situ kita boleh lihat ada perbezaan harga sehingga mencecah RM48.

Hal itu ditambah lagi pengeluaran harum manis dilakukan secara besar-besaran sehingga berlaku lambakan stok. Apabila terdapat lambakan stok, peniaga tidak dapat menjual buah itu dengan harga RM97 tadi.

Apa yang mereka boleh buat adalah biarkan harum manis itu membusuk ataupun turunkan harga sehingga mencapai RM49 bagi mengalahkan peniaga lain.

Apa pula akan jadi kalau harga barang lebih rendah daripada harga standard, nak tahu?

Stay tuned.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.