LaburSantai
iphone

Iphone, Privileged Dan Harga Murah

Isi Kandungan :

Anda semua ingat ketika iPhone mula-mula memasuki pasaran Malaysia suatu ketika dahulu?

Masa tu sesiapa yang mampu miliki iPhone boleh dianggap sebagai golongan bangsawan ataupun kayangan.

Jadi apa kaitannya dengan turun naik harga barang?

Ok tak apa, saya akan memberikan banyak lagi contoh untuk sama-sama kita memahaminya.

Apabila hanya golongan tertentu sahaja yang mampu memiliki iPhone pasti permintaan terhadap produk itu sedikit kerana harganya sangat mahal.

Secara tidak langsung kesemua permintaan terhadap aksesori iPhone juga sedikit.

Kalau anda perasan ketika itu, harga casing, tempered glass dan lightning iPhone agak mahal.

Malah jika iPhone anda mengalami kerosakan, nak repair pun mahal walaupun anda hantar di kedai biasa.

Tapi lama kelamaan, harga aksesori iPhone yang agak mahal akhirnya jadi harga murah.

Hari ini kita boleh jumpa casing, tempered glass dan lightning iPhone yang berharga semurah RM1 setiap satu.

Macam mana hal sedemikian rupa boleh terjadi?

Jawapannya mudah sahaja iaitu permintaan terhadap iPhone semakin meningkat.

Buktinya, ketika model edisi terbaru iPhone memasuki pasaran Malaysia, kita sanggup untuk beratur untuk dapatkannya.

Malah ada yang sudah terpacak depan kedai sejak pukul 3 pagi. Bukan itu sahaja, tempahan melalui dalam talian juga habis dengan cepat.

Hal ini juga ditambah lagi dengan lambakan iPhone refurbish dan second hand yang dijual dengan harga begitu murah.

Senang cerita hari ini, iPhone sudah mampu dimiliki oleh kesemua lapisan masyarakat.

Apabila perkara itu sudah terjadi, harga aksesori iPhone juga akan turun kerana keyakinan penjual bahawasanya mereka sudah miliki pelanggan sasaran ekoran lambakan model iPhone di pasaran. 

Daging Lembu Dan Hari Raya

Selain itu, turun naik harga barang juga ditentukan oleh beberapa peristiwa penting yang berlaku di sesuatu kawasan.

Tak faham, saya akan bagi contoh daging lembu.

Semua orang tahu hampir setiap tahun permintaan terhadap daging lembu akan meningkat apabila menjelang hari raya aidilfitri.

Ketika itu harga daging lembu untu berat sekilogram naik sehingga mencapai RM45-RM50 yang sebelum ini hanya sekitar RM35 sahaja.

Tapi kenapa peniaga masih lagi menjual dengan harga semahal itu dan pelanggan pula masih sanggup membeli?

Ok kita imbas kembali kepada demand curve.

Demand curve adalah keadaan di mana setiap barang pada kuantiti yang sama dan harga berbeza memiliki kelompok pelanggan masing-masing.

Hal ini bermakna pada harga semahal itu, peniaga masih lagi mampu mengaut keuntungan dan pelanggan pula masih mahu membeli.

Apa sebabnya? Mudah, hari raya.

Daging lembu ni boleh dikatakan antara menu wajib yang perlu ada dalam juadah hari raya. Kalau tiada, tidak bermaknalah raya tahun ini.

Senang cerita jangkaan peristiwa di masa hadapan boleh mempengaruhi harga hari ini.

Playstation 4 Dan Promosi

Perkara ini juga terpakai jika sesebuah produk itu ingin melakukan promosi.

Katakanlah Sony nak bagi promosi 10% harga PS4 pada Julai, maka permintaan terhadap PS5 pada Mei dan Jun akan turun mendadak.

Kalau nak elakkannya, peniaga perlu menyembunyikan maklumat bilakah promosi akan diberikan ataupun pengeluaran produk baru bagi memastikan jualan hari ini tidak terganggu.

Apa yang boleh disimpulkan adalah turun naik harga tidak semestinya dipengaruhi oleh supply and demand secara asas sahaja semata-mata.

Banyak juga faktor yang menyebabkan turun naik harga barang. Jadi anda semua pasti nak tahu apakah topik yang saya bincangkan selepas ini?

Kalau nak tahu, stay tuned.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.