jenis aset

Jenis-Jenis Aset

Isi Kandungan :

Selepas mengenali dan memahami konsep ‘kecairan’ aset, ada lagi kategori aset perlu tahu;

  1. Aset Mudah Alih atau aset paling cair (high liquidity)
  2. Aset Tidak Mudah Alih atau aset lambat cair. Perlu masa lama untuk di-tunaikan.
  3. Aset yang digunakan untuk diri sendiri.

Aset yang mempunyai ‘kecairan’ yang tinggi selain dikenali sebagai aset jangka masa pendek, ianya juga dikenali sebagai Aset Mudah Alih. Aset ini memberi maksud mudah dialihkan kepada wang tunai.

Aset seperti unit amanah senang dialihkan sebagai tunai (mengambil masa tidak sampai sebulan). Aset seperti hartanah mengambil masa untuk dialihkan kepada tunai, perlu melalui prosedur-prosedur penjualan hartanah.

Aset seperti kereta, barang-barang kemas (emas dan berlian), rumah sendiri, basikal, pasu bunga, perabot, microwave atau meja makan adalah contoh aset untuk kegunaan sendiri. Aset kategori ini perlu juga dimasukkan sebagai aset apabila hendak mengira nilai bersih (networth).

Ada berpendapat bahawa aset kegunaan sendiri tidak perlu disenaraikan sebagai aset kerana kemungkinan nilai menjadi sifar. Aset kegunaan sendiri perlu dinilaikan sebagai jalan paling akhir jika berlaku kemuflisan dimana seseorang itu perlu menjual apa sahaja barang pemilikan yang ada untuk mendapatkan tunai menyelesaikan hutang-piutang.

Penilaian aset yang digunakan sendiri mengikut harga semasa jika barangan itu dijual pada hari ini.

Aset Mudah Alih

Aset Cair atau Aset Tunai adalah apa jua aset yang berbentuk tunai adalah salah satu contoh aset mudah alih. Simpanan di dalam akaun bank (simpanan tetap dan semasa) dan simpanan pelaburan di bawah kategori aset mudah alih.

Mengenai kepingan/bongkah emas (gold bar) dahulunya tidak dimasukkan ke dalam jenis aset cair. Emas pada satu ketika dulu, mempunyai kesukaran untuk dijual (tidak banyak tempat membeli emas) dan memerlukan masa untuk menjual. Hari ini ada pendapat mengatakan kepingan emas patut dimasukkan dalam kategori aset cair kerana senang untuk dijual disebabkan banyak tempat-tempat jual beli emas.

Aset Pelaburan

Aset pelaburan adalah aset yang diletakkan di instrumen pelaburan. Boleh jadi jenis aset cair atau tidak. Perlu lihat dari segi ‘kecairan’ aset tersebut.

Unit dalam amanah saham, pegangan saham (ekuiti) dan sukuk, simpanan KWSP, nilai tunai dalam takaful dan hartanah adalah contoh-contoh lazim aset pelaburan. Unit amanah dan pegangan saham (ekuiti) boleh dikategorikan sebagai aset mudah alih (kecairan tinggi) disebabkan senang untuk dijadikan tunai.

Simpanan KWSP adalah kategori unit amanah tetapi tidak mempunyai fleksibiliti untuk dikeluarkan bila memerlukan. Ini kerana simpanan KWSP hanya dibenarkan keluar untuk tujuan tertentu (belajar, sakit kritikal, pembelian rumah pertama), atau pada usia 50 tahun (pengeluaran pertama) dan umur 55 tahun (usia pencen).

Aset pelaburan boleh jadi aset mudah alih seperti amanah saham dan saham. Ia mengambil 3-15 hari waktu bekerja.
Aset pelaburan jenis tidak mudah alih adalah seperti hartanah. Ia mengambil masa 6 bulan (atau lebih) untuk dijadikan tunai.

Aset Yang Digunakan

Kereta dikira sebagai aset yang digunakan. Perlu beringat, aset kereta nilainya akan berkurang setiap bulan. Ia disebut susut nilai.

aset berkurang nila

Beli RM100,000 bulan Januari, jadi RM60,000 bulan Disember. Susut nilai perlu dikira setiap tahun. Untuk lebih tepat, tanya kepada jurujual kereta untuk tahu nilai semasa kereta kita pakai.

Sekarang lebih mudah, boleh gunakan laman web takaful atau insuran untuk melihat harga semasa kereta. Jika tidak pun, gunakan laman web jual beli, untuk melihat harga ditawarkan untuk model kereta yang sama.

Memiliki rumah duduk sendiri, itu adalah aset juga. Rumah adalah sejenis aset lambat cair. Perlu masa berbulan untuk dijadikan tunai. Rumah duduk sendiri perlu disenaraikan sebagai aset untuk kegunaan sendiri.

Mempunyai rumah-rumah dan disewakan, itu aset lambat cair tetapi mempunyai aliran tunai. Kena pastikan pula aliran tunai itu positif, bukan negatif. Aset yang disewakan perlu dimasukkan dalam senarai aset pelaburan.

Rumah duduk sendiri, adalah aset yang digunakan. Rumah yang disewa atau dipajak kepada orang lain, adalah aset pelaburan.

Aset yang digunakan sendiri seperti kereta, motor,perabot di rumah dan peralatan mempunyai susut nilai setiap tahun. Akauntan peribadi mempunyai pengiraan sendiri untuk menentukan susut nilai aset setiap tahun.
Amat penting mengetahui nilai aset semasa. Kita perlu tahu nilai semasa aset yang digunakan untuk buat kira-kira dalam penyata nilai bersih.

Topik seterusnya: 8 Nisbah Kewangan Peribadi Anda Perlu Tahu

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.