tembikai harga mahal

Jual Harga Mahal, Produk Akan Laku Keras?

Isi Kandungan :

Dalam artikel yang lepas sudah belajar banyak tentang harga keseimbangan.

Masalahnya sekarang kita tersekat dengan persoalan apa akan jadi pada sesebuah barang jika nilainya lebih rendah daripada harga standard.

Sebelum ini kita sudah memahami harga standard mampu membuatkan sesebuah produk berharga tinggi kembali mendapat permintaan pelanggan.

Penyelesaian terbaik adalah dengan menaikkan harga barang. Mesti ramai terkejut sebab kalau harga mahal, pelanggan akan kurang. Tak apa, ada caranya.

Macam mana tu?

Jadi dalam artikel kali ini saya akan terangkan dengan cara yang cukup ringkas.

Katakanlah anda menjual tembikai dengan harga RM2 sebijik.

Anda mendapati bahawa jualan tembikai meningkat berkali-kali ganda.

Tapi masalah mula timbul apabila permintaan melebihi penawaran.

Senang cerita, anda kekurangan stok tembikai untuk dijual kepada pelanggan.

Hal ini akan membuatkan pelanggan sukar memperoleh stok tembikai dengan banyak sehingga ada diantara mereka sanggup menawarkan harga RM3 untuk sebijik tembikai.

Jadi anda sebagai peniaga harus pandai bermain dengan permainan sedemikian rupa.

Apa yang boleh anda buat adalah naikkan sedikit harga tembikai sedikit ke paras standard.

Tapi mesti ada yang cakap, kalau harga mahal nanti pelanggan akan lari sebab sudah terbiasa dengan harga murah. Kenyataan tersebut bersifat separa benar kerana dalam situasi sekarang pelanggan ataupun pembeli mudah dicari.

Tak salah untuk naikkan sedikit harga produk bagi memastikan kita tak burnout kerana terlalu berusaha memenuhi permintaan pelanggan.

Mungkin harga standard bagi sebiji tembikai adalah RM8 dan para peniaga boleh naikkan harga sedikit demi sedikit untuk memastikan pelanggan kurang terkejut.

Secara tidak langsung, kuantiti yang diminta akan menjadi sama dengan kuantiti yang dijual. Apabila harga sudah mencapai tahap standard dan produk mula stabil, keseimbangan harga pun akan dapat dicapai.

Begitulah keseimbangan harga akan berfungsi apabila produk yang dijual terlalu murah.

Teori ini juga terpakai dekat pelbagai jenis produk seperti barangan kering dan barangan basah.

Kalau anda perasan, ada beberapa ketika pasar raya akan buat promosi kurang masuk akal seperti ayam sekilogram pada harga RM3.50.

Apabila itu berlaku, pasti permintaan akan meningkat berkali ganda dan produk akan habis.

Apa-apapun mereka tidak akan kekal lama dengan harga murah tersebut kerana akan memberi kesan negatif.

Beberapa ketika selepas itu, ayam akan kembali kepada harga standard lantas penawaran & permintaan dapat diseimbangkan semula.

Selain itu anda juga perlu tahu keseimbangan pasaran?

Apa benda tu, adakah ianya sama dengan harga keseimbangan?

Stay tuned

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.