LaburSantai
kekal kekayaan

Kekal Kaya VS Sentiasa Tambah Kekayaan

Isi Kandungan :

Survival: Mempunyai Strategi Mengekalkan Kekayaan Lebih Bermakna Daripada Sentiasa Ingin Menambah Kekayaaan

Sudah jatuh, ditimpa tangga – mungkin ini jadi perumpamaan yang sesuai menggambarkan situasi semasa. Disokong galakan mengambil ‘booster’ vaksinasi, dunia baru hendak bergerak semua (walaupun tidak sepenuhnya normal), dunia sekali lagi dikejutkan dengan situasi tercetusnya ketegangan di antara Rusia dan Ukraine.

Apakah strategi pelaburan tatkala krisis, seperti tahun-tahun sebelumnya – bubble kewangan, perang dan pandemik? Perlu tambah angka pelaburan? Perlu keluar daripada apa sahaja pelaburan?

Kisah Pedagang Hebat ketika Krisis The Great Depression

Pada tahun 1929, ada kisah hebat pedagang bernama Jesse Livermore. The Great Depression telah berlaku menyebabkan lebih 35% nilai saham ‘hilang’. Ketika itu juga, kadar kematian disebabkan bunuh diri banyak berlaku di kalangan pedagang pasaran US. Ini sangat membimbangkan isteri beliau, Dorothy.

jesse livermore
Jesse Livermore (kanan) bersama isteri beliau, Dorothy.

Uniknya, Jesse rupanya telah menjangkakan situasi ini dah telah ‘short’ pasaran dan mengaut keuntungan sebanyak USD 100 juta atau USD 3 Billion (nilai hari ini). Tetapi, keadaan ini menyebabkan Jesse mempunyai keyakinan melampau (overconfidence).

4 tahun kemudian, Jesse telah melakukan banyak kesilapan dalam aktiviti perdagangan dan hutang yang banyak. Secara kumulatif, keuntungan yang diperolehi menjadi sifar. Beliau tamatkan kehidupan dengan cara tragis – mengambil nyawa sendiri.

Syarikat Lebih 100 Tahun – Panasonic

Sebelum nama seperti, Bill Gates dan Steve Jobs, seorang lelaki Jepun bernama Konosuke Matsushita telah menubuhkan sebuah syarikat. Apa sahaja dilakukan untuk hidup dan memperbaiki gaya hidup keluarga.

Daripada lampu basikal, kipas angin, lampu mentol, setrika dan radio – apa sahaja boleh dijadikan sumber duit, jual. Siri peperangan dan krisis dunia, apa yang dilakukan oleh beliau adalah adaptasi dan penyesuaian.

panasonic 100 tahun

Ketika cetusnya perang dunia kedua, syarikat terlibat dengan pembinaan kapal dan kapal terbang. Selepas perang, produk mesin basuh, TV, peti ais, rekoder dan penghawa dingin. Krisis minyak tahun 1970, kembangkan ke industri lain – kenderaan, barangan industri dan macam-macam lagi. Sehingga hari ini, Panasonic juga telah terlibat dalam industri baru seperti bateri kereta elektrik (EV), smart city dan teknologi baru berkaitan internet.

Apa rahsianya bertahan sejauh 100 tahun? Tidak amalkan hutang secara melampau, tidak ada strategi panik dan fokus kepada strategi jangka masa panjang; 50 tahun dan 150 tahun, paling penting –  tidak perlu panik untuk ceburi perniagaan baru secara terburu-buru.

Apa Strategi Ampuh Untuk Krisis Mendatang?

Normal untuk rasa takut. Bila ada rasa takut, bermakna kita ada reaksi terhadap risiko mendatang. Paling risau, kalau risiko datang – tak ada rasa takut. Ini bahaya. Micheal Moritz, salah seorang ketua Sequioa Capital menerang, rasa takut adalah sumber kejayaan institusi kewangan mereka berdaya saing dalam tempoh 40 tahun.

(Syarikat berasaskan venture capital, mempunyai jangka hayat secara purata yang pendek , antara 5-10 tahun)

  • Elakkan hutang yang membebankan. Apabila mempunyai hutang, ini akan hasilkan keputusan pelaburan tidak berkualiti.
  • Tidak panik. Tenangkan jiwa, lihat sekeliling. Dapatkan pandangan orang ketiga, jika perlu.
  • Tidak kecewa. Emosi itu penting, logik itu penting. Dapatkan maklumat lebih rasional dan tepat.
  • Jangan sesekali labur guna ‘other people money’ (OPM). OPM umpama pisau dapur, boleh bantu potong sayur dan juga berpotensi mencederakan tangan.
  • Tidak berhenti atau ‘give up’. Kekalkan konsisten berada dalam pelaburan, cuma tidak terlalu optimis.

Inilah strategi survival untuk pelaburan jangka masa panjang yang diamalkan oleh pelabur bernama Warren Buffet. Ada lebih 2,000 buku dedikasi kepada beliau. Hampir semua buku mempunyai jalan cerita yang sama. Nasihat daripada beliau amat relevan untuk situasi semasa, masakan beliau sendiri pun telah melalui lebih 14 krisis dunia.

Apa poin-poin yang boleh kita pelajari?

  • Belanja secara berhemah, elakkan untuk belanja menggunakan akses hutang.
  • Jika sudah berhutang, cari jalan mengurangkan hutang dengan cara menambah pendapatan atau mengurangkan belanja.
  • Kawal emosi panik. Bila tenang dalam krisis, sebenarnya dah selesaikan 50 peratus masalah.
  • Semak maklumat diterima. Hindarkan gosip pelaburan. Gosip hiburan itu murah, hanya baca dan buang. Gossip pelaburan sangat mahal akibatnya.
  • Labur guna hasil sendiri. Elakkan guna duit pembiayaan/pinjaman untuk pelaburan.
  • Kekal dalam pelaburan. Seorang pakar adalah pemula yang tak pernah berhenti.

Pelaburan adalah aktiviti jangka masa panjang. Perjalanan jangka masa panjang memerlukan pelabur yang betul-betul kental; rohani yang kuat, pengetahuan yang berguna, emosi yang stabil dan fizikal yang mantap.

            “Spiritually strong, intelligently wise, emotionally stable, physically fit.”

PS: Artikel ditulis selepas krisis kesihatan (Covid 19), disusuli kadar inflasi global yang meningkat saban hari dan terbaru – selepas baru sahaja krisis di sempadan Ukraine dan Rusia bermula pada 24 haribulan Februari 2022.

Sumber:  My Way of Life & Thinking (Konosuke Matshuhita), The Psychology of Money (Morgan Housel), Damn Right! (Janet Lowe)

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.