LaburSantai
pelaburan luar negara

Kenapa Anda Perlu Melabur Ke Luar Negara

Isi Kandungan :

Setakat hari ini ada 5 syarikat bernilai lebih USD1 triliion iaitu Apple, Microsoft, Saudi Aramco, Amazon dan Alphabet (Google). 4 daripada 5 syarikat ini tersenarai di pasaran saham Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, AS juga banyak melahirkan syarikat pemula seperti AirBnB, Zoom dan Udemy yang kemudiannya tersenarai di pasaran saham.

Disebabkan ini, pasaran saham AS menjadi tumpuan pelabur di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat yang tersenarai di AS mempunyai potensi yang sangat besar kerana mereka mampu mendapatkan pelanggan dari seluruh dunia.

Lihat sekeliling anda, berapa ramai yang pakai iPhone? Setiap kali anda bermesyuarat secara atas talian, anda akan gunakan Zoom atau Google Meet. Nak cari tempat tinggal bercuti anda akan buka AirBnB. 

Semua ini menyumbang kepada pendapatan syarikat dan kemudian syarikat memberikan dividen sebagai pulangan kepada pelabur. Semakin ramai pelanggan semakin tinggi pendapatan syarikat.

Pasaran Saham Terbesar Dunia

Kredit: Statista

Pasaran saham AS mewakili 46.4% daripada seluruh pasaran saham di dunia. Hampir separuh aktiviti jual beli saham tertumpu di sini.

Boleh dikatakan setiap pergerakan indeks di pasaran AS akan mempengaruhi pasaran di negara lain. Jika saham AS naik, pasaran saham lain pun naik. Begitu juga sebaliknya.

Di Mana Rakyat Malaysia Melabur?

76% pelaburan rakyat Malaysia tertumpu di dalam negara sahaja. Bermakna mereka melabur dalam amanah saham, saham, etf atau hartanah yang berada di Malaysia.

Selain itu, majoriti rakyat Malaysia melabur di dalam ASB dan KWSP di mana kedua-dua dana ini pelaburannya juga tertumpu dalam pasaran Malaysia sahaja.

Sedangkan, pasaran Malaysia hanya mewakili 0.46% sahaja daripada pasaran dunia.

Jadi ada risiko pasaran saham kita tidak bergerak sedangkan pasaran saham dunia sedang rancak. Jika kita lihat indeks KLCI daripada 2018, ia masih lagi dalam fasa menurun sehingga ke harini. Turun 19% daripada 1869 mata kepada 1498 mata. Dalam masa yang sama indeks Dow Jones meningkat 38%.

Inilah risiko jika pelaburan anda tertumpu di Malaysia sahaja. Anda terlepas peluang-peluang membuat keuntungan daripada pasaran antarabangsa.

Kelebihan Melabur di Amerika Syarikat

Untuk membeli saham di AS, anda boleh bermula dengan membeli satu unit sahaja. Bukan 100 unit seperti di Bursa. Sebagai contoh jika anda boleh membeli satu unit saham Apple bernilai USD 180 bersamaan RM 760.

Selain itu, anda juga akan mendapat keuntungan lebih jika USD semakin mengukuh berbanding MYR. Keuntungan daripada dividen dan kenaikan harga adalah dalam USD. Semakin tinggi nilai USD, semakin tinggi keuntungan anda.

Berapa Banyak Perlu Labur di Amerika Syarikat

Adakah kena labur semua di luar negara? Tidak. Kita tidak mahu melabur tanpa ilmu, tanpa maklumat yang lengkap atau tanpa analisa.

Sebelum kita rendam satu badan di dalam sungai, rendamkan sebelah kaki dahulu. Lihat dahulu kedalaman sungai.

Begitu juga dalam pelaburan. Mulakan dengan sebahagian kecil portfolio dahulu. Anda boleh bermula dengan membeli satu unit saham. Kemudian perlahan-lahan tingkatkan amaun pelaburan.

Jika anda lihat KWSP, mereka juga sudah mula meluaskan lagi bahagian pelaburan ke luar negara. Setakat Disember 2020, 33% daripada pelaburan KWSP adalah di luar negara. Meningkat daripada 26.7% pada 2018. Begitu juga dengan PNB, mereka akan meningkatkan pelaburan ke luar negara daripada 8% kepada 30% menjelang 2022.

Untuk mendapatkan keuntungan optimum mereka perlu melabur ke luar negara.

Kini Lebih Mudah Nak Melabur di Amerika Syarikat 

Sebelum ini proses pelaburan ke pasaran AS agak renyah dan memerlukan modal yang tinggi.

Tetapi dengan aplikasi MIDF Invest, anda hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk membuka akaun secara atas talian. Setelah akaun anda disahkan, anda boleh terus memulakan perjalanan pelaburan anda dalam pasaran AS. Tiada amaun deposit minimum dikenakan untuk membuka akaun.

Lebih menarik lagi, tiada sebarang caj dikenakan bagi pelaburan bawah USD1,000. 

Dapatkan aplikasi MIDF Invest di playstore atau appstore sekarang.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.