LaburSantai
simpan duit dalam tabung haji

Kenapa Perlu Simpan Duit Dalam Tabung Haji

Isi Kandungan :

Ramai orang ingat simpan duit dalam Tabung Haji hanya untuk pergi haji sahaja, betul ke? Jawapannya adalah separa betul kerana melalui Tabung Haji, kita juga dapat menyimpan duit untuk dana kecemasan atau simpanan perbelanjaan bagi membeli barang tertentu.

Tapi Tabung Haji adalah instrumen pelaburan, jadi kenapa kita semua perlu simpan duit dalam Tabung Haji?

1. Modal Awal Rendah

Dengan keadaan ekonomi dan gaji minimum yang tidak memihak kepada kita, pastinya sukar untuk membuat simpanan.

Apatah lagi nak buka apa-apa akaun, pastinya akan melibatkan modal yang keras.

Tapi jangan risau, kita hanya perlukan RM2 sahaja untuk membuka akaun Tabung Haji.

Jadi dengan modal serendah ini, tiada alasan lagi untuk kita mula simpan duit dalam Tabung Haji.

Jika tidak mampu juga untuk dapatkan RM2, apa kata potong sahaja perbelanjaan sebanyak RM1 untuk dua hari.

2. Modal Simpanan Dijamin

Dalam akta Tabung Haji, konsep Wakalah bil Istismar digunakan bagi menjamin modal simpanan pendeposit.

Apa yang dimaksudkan dengan Wakalah bil Istismar?

Secara asasnya Wakalah bil Istismar bermaksud wakil pelaburan yang menguruskan modal para pendeposit.

Maksudnya di sini, Tabung Haji akan menjadi wakil yang akan melaburkan wang simpanan pendeposit.

Kebaikannya adalah keuntungan akan dibahagikan dengan pendeposit dan kerugian akan dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.

Baca juga 7 Komponen Perancangan Kewangan Islam

3. Dikecualikan Cukai

Setiap pengagihan hibah dan bonus yang diberikan Tabung Haji kepada para pendepositnya tidak akan dikenakan cukai sama sekali oleh kerajaan.

Bermakna anda akan dapat jumlah penuh hibah dan bonus daripada Tabung Haji.

Maka, hibah tersebut tidak perlu diisytiharkan dalam borang taksiran cukai.

simpan duit dalam tabung haji
Kredit: HLB

4. Simpan Dengan Mudah

Sebelum ini kalau mahu simpan duit dalam Tabung Haji, ramai diantara kita yang menggunakan cara manual.

Pergi ke ATM dan pindahkan duit secara manual ke Tabung Haji.

Paling menyakitkan hati sekali adalah setiap kali permindahan wang dibuat pasti caj RM1 akan dikenakan.

Walau bagaimanapun bermula awal tahun 2021, kita semua boleh menyimpan duit dalam Tabung Haji secara dalam talian.

Dengan hanya menggunakan JomPAY, anda hanya perlu lakukan satu transaksi dengan mudah dan tidak dikenakan sebarang caj.

Nak tahu macam mana mahu guna JomPAY, boleh baca DI SINI

5. Simpanan Dan Pengeluaran Tanpa Had

Pihak Tabung Haji membenarkan kita semua menyimpan seberapa banyak duit yang ada ke dalam akaun.

Bukan itu sahaja, kita juga boleh mengeluarkan simpanan daripada akaun tanpa had tapi ada syaratnya.

Bagi pengeluaran tidak melebih RM10,000, anda boleh dapatkannya di kaunter Tabung Haji, BIMB dan BKRM.

Manakala bagi pengeluaran melebih RM10,000, anda boleh dapatkannya melalui ibu pejabat dan pejabat cawangan Tabung Haji melalui pindahan telegrafik.

Kesimpulannya, cetusan minda Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz sememangnya memudahkan kita untuk simpan duit dalam Tabung Haji.

Kepada anda semua, sudah ada akaun Tabung Haji belum? Dengar cerita sekarang sudah boleh buat akaun Tabung Haji secara dalam talian.

Tapi kalau tak tahu, boleh rujuk DI SINI

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.