LaburSantai
matlamat pelaburan

Kepentingan Tetapkan Matlamat Sebelum Melabur

Isi Kandungan :

Sebelum kita melangkah keluar dari rumah, pasti kita sudah tahu ke mana destinasi kita. Mahu ke tempat kerja, mahu ke kedai atau mahu pulang ke kampung. Bagi perjalanan jauh, pasti kita akan rancang terlebih dahulu bukan?

Kita akan tetapkan nak bertolak pukul berapa, nak lalu jalan kampung atau lebuh raya, nak pandu sendiri atau naik pengangkutan awam.

Begitulah juga dalam perancangan kewangan dan pelaburan. Kita perlu tahu ke mana destinasi kita dalam pelaburan. Perlu kenal pasti apa matlamat yang kita nak capai dengan melabur.

Tanpa matlamat yang jelas, sukar untuk kita mencapai apa yang kita mahu apabila melabur.

“Masalah dengan tidak mempunyai matlamat adalah anda boleh menghabiskan hidup anda berlari turun naik tanpa mencapai apa-apa” 

Bill Copeland

Selain itu, kajian psikologi juga membuktikan dengan menulis matlamat, kemungkinan untuk anda mencapainya adalah 33% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menulis matlamat.

Sebab itu sangat penting untuk anda ada matlamat yang jelas dalam pelaburan.

Tetapkan Matlamat Dengan Kerangka SMART

SMART adalah satu kerangka menetapkan matlamat yang diilhamkan daripada Peter Drucker, penulis buku The Effective Executive.

SMART merujuk kepada Specific, Measurable, Achievable, Realistic dan Time-Bound.

Specific (Khusus)

Lebih khusus dan terperinci matlamat, lebih mudah anda faham apa anda perlukan untuk mencapai matlamat.

Anda boleh gunakan teknik 5 W, Who (Siapa), What (Apa), Where (Mana), When (Bila dan Why (Kenapa) untuk menetapkan matlamat khusus.

Siapa yang terlibat dalam matlamat ini? Contohnya nak menunaikan umrah, dengan siapa?

Apa yang anda mahu capai?

Di mana anda nak capai? Contohnya nak beli rumah di mana?

Bila? Contohnya bila anda sasarkan untuk bersara?

Kenapa? Contohnya kenapa anda nak capai kebebasan kewangan?

Measurable (Boleh diukur)

Jangan sekadar letak anda mahu membeli rumah. Anda perlu tahu berapa jumlah wang yang diperlukan. Barulah anda boleh rancang pelaburan dengan lebih jelas.

Anda perlu tahu berapa anggaran harga rumah yang mahu dibeli. Daripada harga rumah, anda perlu tahu berapa duit muka yang diperlukan.

Achievable (Boleh dicapai)

Tetapkan matlamat yang mencabar tetapi tidak terlalu mencabar sehingga mustahil untuk dicapai. Cuba kaji dan lihat, ada atau tidak orang lain yang lebih kurang sama keadaan kewangannya dengan anda dan berjaya capai matlamat yang sama.

Realistic (Realistik) 

Kita tidak mahu sekadar menetapkan matlamat seperti angan Mat Jenin. Sekadar menetapkan matlamat mengikut sesuka hati kita.

Jika pendapatan semasa baru sekitar RM3,000, agak tidak masuk akal untuk kita meletakkan matlamat ada simpanan RM1 juta dalam masa 5 tahun.

Perhatikan keadaan semasa kita dan fikir adakah matlamat ini realistik atau tidak.

Time-bound (Terikat dengan masa)

Matlamat yang baik perlu ada tarikh mula dan tarikh tamat. Jika anda tidak meletakkan tarikh tamat, anda akan rasa tiada keperluan mendesak dan kurang motivasi untuk mencapainya. 

“Nanti jela aku simpan, lambat lagi ni nak beli rumah”

Tetapkan tarikh bila anda nak capai setiap matlamat kewangan anda.

Perbezaan matlamat SMART dan matlamat biasa.

Matlamat biasaMatlamat SMART
Beli rumahBeli rumah 5 tahun lagi dengan duit muka RM20,000
Bersara umur 50Bersara umur 50 dengan simpanan sebanyak RM1,200,000

3 Jenis Matlamat Pelaburan

Bagi memudahkan anda merancang matlamat, anda boleh pecahkannya kepada 3 kategori.

Matlamat jangka pendek (Bawah 3 tahun)

Contohnya adalah simpanan dana kecemasan, simpanan duit perkahwinan, dana pelancongan atau pelan deposit kereta. 

Matlamat jangka sederhana (3-10 tahun)

Contohnya adalah simpanan untuk deposit rumah, simpanan modal perniagaan atau membeli tanah untuk bercucuk tanam.

Matlamat jangka panjang (Lebih 10 tahun)

Contohnya adalah dana persaraan, dana pendidikan anak-anak atau pelan membina yayasan bagi tujuan kebajikan.

Kelebihan Automasikan Pelaburan ke Arah Mencapai Matlamat

Cuba fikirkan berapa banyak keputusan kewangan yang anda perlu buat setiap bulan? Berapa nak simpan? Adakah patut kurangkan belanja? Melabur di emas atau amanah saham? Bila nak selesaikan hutang? Bil dah bayar atau belum?

Disebabkan terlampau banyak pilihan dan keputusan yang perlu dibuat, anda akan letih dan akhirnya anda tidak buat apa-apa. 

Dalam buku The Paradox of Choice: Why More is Less oleh Barry Schwartz, semakin banyak pilihan dana diberikan kepada pelabur, semakin kurang mereka melabur.

Di sinilah automasi mampu membantu anda. Dengan membuat pelaburan secara automatik setiap bulan, anda tidak perlu lagi fikir sama ada mahu melabur atau tidak. Tahu-tahu sahaja amaun pelaburan anda sudah bertambah. Ini bertepatan dengan konsep simpan dahulu baru belanja.

Tambahan lagi, anda tidak akan rasa bersalah lagi apabila hendak berbelanja besar untuk makan di luar atau membeli barang kemahuan. Sebab anda tahu anda sudah pun melabur terlebih dahulu.

Tidak perlu lagi fikir “Kalau aku belanja di sini, aku ada lebihan tak untuk menyimpan nanti?”.

Selain itu, anda juga mampu menjimatkan masa. Anda tak perlu tetapkan satu masa setiap bulan untuk pindahkan wang daripada akaun simpanan kepada akaun pelaburan.

Akhir sekali, anda mampu membuang emosi daripada keputusan pelaburan. Kadang kala bila ekonomi tidak menentu dan banyak berita kurang sedap didengar, kita akan cenderung untuk menghentikan pelaburan kita. Atau bila emosi anda sendiri tidak stabil, agak sukar untuk anda melabur kerana fikiran anda celaru.

Mencapai Matlamat Menggunakan Target Labur

Ada beberapa cara untuk anda mengotomasikan pelaburan. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan fungsi baharu daripada ASNB iaitu Target Labur dalam aplikasi myASNB.

Target Labur akan membantu anda mengira berapa berapakah jumlah simpanan bulanan yang diperlukan bagi mencapai satu-satu matlamat. Anda tidak perlu lagi pening kepala untuk kira jumlah simpanan bulanan.

Anda boleh pilih matlamat seperti tabung kecemasan, rancang percutian, beli kenderaan, tabung pendidikan, mulakan perniagaan, tabung perkahwinan atau tetapkan sendiri matlamat apa yang anda mahu capai.

target labur

Setelah menetapkan semua matlamat, anda boleh gunakan pula fungsi Auto Labur untuk membuat pelaburan bulanan secara automatik berdasarkan jumlah saranan daripada Target Labur.

Selesai! Mudah bukan? Anda tidak perlu lagi bersusah payah mengira dan membuat pelaburan secara manual setiap pelaburan. Dari semasa ke semasa anda hanya perlu menyemak perkembangan pelaburan melalui aplikasi myASNB.

Secara ringkasnya ini apa yang anda perlu lakukan untuk berjaya dalam kewangan:

  1. Tetapkan matlamat yang realistik.
  2. Kira berapa jumlah pelaburan bulanan. (Kini lebih mudah dengan fungsi Target Labur)
  3. Automasikan pelaburan.

#JomLabur 

Sepanjang tempoh kempen bermula 8 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022, bina dua matlamat bernilai RM5,000 setiap satu menggunakan fungsi Target Labur dalam aplikasi myASNB untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah bernilai sehingga RM200,000. 

Pemenang akan dipilih secara rawak mengikut terma dan syarat kempen

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.asnb.com.my/targetlabur.php.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.