LaburSantai
Bera

Kerayong Dan Pertambahan Populasi

Isi Kandungan :

Dalam artikel sebelum ini saya sudah mengulas mengenai perubahan pendapatan yang membuatkan permintaan terhadap snack plate masih tinggi dan senantiasa meningkat.

Hari ini, saya ingin membicarakan bagaimana pertambahan populasi boleh membuatkan permintaan terhadap produk KFC meningkat.

Dekat bawah ni saya ada satu kisah yang menarik untuk diceritakan.

Sejak kecil lagi, saya memang biasa melalui jalan lama untuk balik ke kampung di Temerloh, Pahang.

Apabila melalui jalan lama ini, boleh dikatakan sebagai akan bertemu dengan banyak pekan-pekan lama ataupun saya gemar gelarkannya sebagai pekan koboi.

Namun ada satu pekan ini memang menarik perhatian saya iaitu Kerayong yang terletak di Triang, Pahang.

Saya terasa seakan-akan vibe 90an menyelubungi diri kerana pekan ini tidak membangun sangat dan masih mengekal ciri-ciri old school.

Semuanya berubah pada tahun 2014 ketika saya mahu pulang ke Temerloh untuk berhari raya.

Ketika melalui Kerayong dan memandang dari kereta, saya terkejut kerana pekan koboi ini sudah berubah.

Saya melihat beberapa restoran makanan segera telah didirikan seperti KFC, Macdonald dan Pizza Hut.

Buat pengetahuan semua, jika penduduk Kerayong mahu makan KFC, mereka perlu bergerak ke bandar Temerloh yang terletak agak sedikit jauh.

Saya pelik kenapa restoran makanan segera dibina di kawasan pekan dan kampung yang terceruk sebegini.

Saya pun buat sedikit research, saya lihat populasi di Kerayong dan Bera semakin bertambah.

Jadi apabila populasi bertambah penduduk memerlukan pembukaan beberapa premis perniagaan bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

Manakala penjual akan memiliki banyak pilihan pelanggan walaupun kita sendiri tahu harga makanan di ketiga-tiga restoran makanan segera tersebut makin naik.

Hal ini bermakna kuasa beli di Kerayong juga semakin meningkat. Buktinya, hari ini ketiga-tiga restoran makanan segera itu masih bertahan.

Malah francais baru seperti Baker’s Cottage juga telah dibuka di sana.

Jadi selepas itu, anda tidak perlu berasa hairan jika pergi ke sebuah pekan yang memiliki beberapa jenis restoran makanan segera.

Ketahuilah bahawasanya populasi di situ telah meningkat lantas menaikkan kuasa beli penduduk.

Tapi nak tahu tak, sebenarnya kenaikan gaji dan perubahan populasi juga boleh bikin permintaan terhadap sesuatu produk itu menurun.

Haa macam mana tu?

Ok stay tuned untuk artikel akan datang

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.