LaburSantai
pengurusan kewangan

Kewangan Peribadi 101: Mula Di Sini

Isi Kandungan :

Ada ke satu formula pengurusan kewangan peribadi yang sesuai untuk semua orang? Jawapan pendek, tiada. Seperti kata pepatah, tiada satu kasut yang muat untuk semua orang. Apa yang berguna untuk saya mungkin tidak berguna untuk anda.

Habis tu, nak rujuk siapa? Rujuk apa?

Ada orang tak selesa bercerita tentang cara mereka urus duit, cara mereka belanja atau cara mereka melabur. Sebab apa? Kerana perkara ini adalah perkara peribadi, perkara yang sensitif. Setiap individu ada kegemaran (preference) mereka sendiri, ada benda yang mereka tak suka.

Anda mungkin suka minum Teh O, tapi saya suka kopi. Ada orang suka melabur hartanah, ada yang suka labur saham.

Sekali lagi saya tekankan bila bercerita  tentang pengurusan kewangan, ia bersifat peribadi, tiada satu solusi yang sesuai untuk semua orang. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan panduan-panduan asas dalam pengurusan kewangan dan sesuaikan dengan diri anda.

Ini apa partner saya Adib bagitahu,

Kewangan peribadi ini, macam cerita nak masak Maggi.

Jika mahu masak mee segera;

Ada yang campak segalanya-galanya dalam air yang sedang menggelegak dan tunggu sehingga siap.

Ada yang tunggu air mendidih baru dimasukkan pek mee. Tunggu sebentar, dan masukkanperencah.

Ada yang masukkan pek mee sehingga mendidih. Di toskan mee kerana risaukan ‘wax’ dan masukkan sekali lagi. Barulah diletakkan rencah.

Ada yang kata, sedap kalau pecahkan telur dalam mee segera bila air sedang mendidih.

Akhirnya semua merasai mee segera tersebut.

Ilmu kewangan begitu. Semua orang boleh baca, boleh tahu, boleh dengar.

Tapi perlaksanaan adalah masing-masing. Ianya emosional. Ada yang perlu memenuhkan Amanah Saham Bumiputera / Tabung Haji dulu, barulah pergi pelaburan hartanah. Ada juga kata, beli rumah dulu barulah menyimpan. Diikuti saham / unit trust / emas.

Kesimpulannya, tiada masalah untuk anda belajar asas pengurusan kewangan, belajar ‘tips & tricks’, tetapi apa yang paling penting adalah kesusaiannya dengan diri anda. Bila belajar bab kewangan dan pelaburan, jangan ikut 100%, sesuaikan.

Selepas ini kita akan terokai ilmu-ilmu pengurusan kewangan dengan lebih mendalam.

“Personal finance knowledge is almost rocket-science. Execution is an art form.”

Kewangan 101 adalah inisiatif kami untuk memberikan akses kepada ilmu-ilmu pengurusan kewangan secara percuma kepada anda semua. Kami cuba sehabis baik untuk menyampaikan ilmu ini dalam bahasa yang mudah.

*Jika masih ada terma atau topik yang anda kurang faham, boleh hantarkan soalan anda ke [email protected]. Kami akan perbaiki tulisan dan penerangan kami berdasarkan feedback daripada anda.

Kewangan 101 telah disusun mengikut urutan daripada mencipta duit sampailah urusan harta pusaka. Anda boleh skip mana-mana topik yang anda suka. Tetapi jika anda tiada sebarang pengalaman dan baru nak belajar tentang pengurusan kewangan, kami sarankan untuk anda baca dari mula sehingga habis mengikut turutan.

Selamat membaca dan semoga anda berjaya mengurus kewangan dengan lebih bijak.

Kauthar Rozmal


Isi Kandungan Kewangan 101

Mukadimah: Bermulanya Perjalanan Kewangan

Al- Falah: Perancangan Kewangan Menurut Islam

Mencipta Wang: Langkah Pertama Dalam Pengurusan Kewangan

Mengurus Wang: Aliran Tunai dan Penyata Aset

Melindungi Wang

Melabur

Memelihara

Menyuci

Mewaris

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.