LaburSantai
kompas kewangan

Kompas Kewangan: Cara Kawal Duit Dengan Sistematik

Isi Kandungan :

Masuk saja bulan baru pasti muka kita semua tersenyum untuk dapatkan gaji. Tapi esoknya terus masam kerana gaji mengalir seperti air. Masuk tengah bulan terus pening sebab duit tiba-tiba lesap. Jadi macam mana nak elak benda sebegitu? Gunakanlah kompas kewangan.

Kompas kewangan itu apa?

Satu cara untuk kita semua kawal perbelanjaan secara sistematik mengikut gambar di bawah.

kompas kewangan
Kompas kewangan

Kalau tak faham, ada contoh dibawah mengikut gaji bulanan sebanyak RM2500.

1. Untung (30%)

30% dalam kompas kewangan di atas ataupun RM750 adalah jumlah yang wajib kita ketepikan dulu daripada keseluruhan gaji sebagai simpanan.

Tapi macam mana simpanan boleh berikan keuntungan?

Jawapannya mudah sahaja iaitu laburkan RM750. Antara instrumen pelaburan yang disyorkan adalah;

  • Tabung Haji
  • ASB
  • Unit Amanah
  • Saham (Bursa)

Baca juga Apa Itu Unit Trust (Amanah Saham)?

2. Terpaksa (60%)

Ramai orang terutamanya graduan terjerumus ke dalam masalah kewangan kerana menggunakan bajet terpaksa melebihi 60% daripada gaji.

Salah satu punca adalah membeli kereta yang melebihi kemampuan.

Ini akan menjadi masalah apabila kita tidak memiliki duit yang cukup untuk bayar komitmen lain seperti sewa bilik, PTPTN dan segala bil berkaitan.

Kalau nak beli kereta juga, pastikan bayaran bulanannya tidak melebih 15% daripada gaji.

Jadi ada baki lagi 45% untuk bayar segala komitmen dan beri wang kepada keluarga di kampung.

Baca juga Kawal Perbelanjaan Menggunakan Bajet Kewangan

3. Seronok (5%)

Tiap dari kita pasti ingin gunakan duit untuk beli apa yang dimahukan dan berseronok.

Tak kan hidup ini semata-mata untuk kerja sahaja.

Jadi 5% daripada gaji boleh digunakan untuk beli apa-apa sahaja.

Mungkin boleh digunakan untuk tengok wayang ataupun beli makanan yang mahal sikit.

Apapun terserah kepada anda untuk membeli tapi pastikan tidak melebih 5%.

4. Bocor (5%)

Bocor ni senang cerita benda yang kita bayar tapi tak digunakan sangat.

Salah satunya seperti langganan penstriman seperti Netflix, Disney + dan Viu.

Kalau rasa kesemua langganan tersebut melebihi 5%, lebih elok potong sahaja.

Ini kerana dengan situasi kerja sekarang, kita hanya mempunyai masa agak sedikit untuk menonton filem melalui platform penstriman.

Jadi selagi boleh kawal, kita kawal.

Kesimpulannya jika ikut kompas kewangan ini dengan konsisten, pasti kita tidak akan terciduk di pertengahan bulan. Malah kita sendiri akan terkejut kerana jumlah simpanan meningkat setiap bulan.

Apa-apapun, semua ini bergantung kepada komitmen bulanan. Kalau tidak boleh potong mana-mana bahagian, memang kena buat kerja sampingan.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.