a wide variety http://www.rolex-replica.me/.

high quality swiss cheap replica watches hot sale.

we also offer other high quality rolex replicas swiss made.
LaburSantai
penawaran permintaan

Konsep Asas Penawaran & Permintaan

Isi Kandungan :

Ada satu hari tu saya pergi jalan-jalan ambil angin malam di sekitar Menara U Seksyen 13, Shah Alam. Tiba-tiba ada satu benda yang menarik perhatian saya. Apa tu?

Terdapat sebuah kedai yang sebelum ini sangat sendu tapi hari tu mendapat perhatian daripada pelanggan. Saya rasa pelik ketika itu dan berfikir, tak kan lah kedai tersebut guna pelaris lantas saya pun balik di rumah.

Ketika berada di rumah, saya telah membuka facebook dan rasa agak terkejut apabila kedai yang sama di Setapak juga penuh dengan pelanggan. Tak lama lepas itu, saya terperasan satu hantaran facebook yang menyatakan kedai tersebut telah tular di media sosial.

Malah orang ramai meminta agar kedai tersebut dibuka di negeri-negeri lain. Paling tidak pun bukalah di setiap ibu negeri seluruh negara.

Saya scroll lagi dan terlihat kedai itu telah membuka cawangannya di sebuah pekan tidak jauh daripada tempat asal saya. Paling memeranjatkan lagi selama seminggu, kedai tersebut terus mendapat kunjungan pelanggan sehinggakan mereka terpaksa beratur walaupun perlu menunggu selama 1 jam.

Jadi keesokan hari saya bersama kawan pergi kembali ke kedai tersebut. Saya agak bernasib baik kerana tidak ramai pelanggan kerana sudah hampir pukul 9.30 malam. Saya pun beli air tersebut dan rasanya tidaklah menakjubkan sangat. Saya pun berfikir kenapa air minuman ini boleh dapat sambutan pula?

Pertama sekali saya lihat dari segi menu, apa yang mereka tawarkan sangat unik kerana berasaskan madu lebah. Ketika itu tiada lagi produk seumpama itu dipasaran.

Kedua adalah dari segi persembahan produk mereka yang sering kali dimuatnaik oleh pelanggan di media sosial. Dari situlah air minuman itu secara tiba-tiba mendapat sambutan. Bila dah dapat sambutan pasti ramai yang mencuba dan muatnaik di media sosial. Dekat sini air minuman itu terus mendapat permintaan sehingga ianya dibuka dengan banyak cawangan.

Apa yang anda boleh tangkap daripada kisah saya ini?

Pelaris? Bukan.

Rezeki? Mungkin ya.

Jawapannya adalah penawaran dan permintaan. Ianya merupakan konsep asas mikroekonomi yang telah dibincangkan pada artikel lepas. Eh apa kaitan pula? Sabar saya akan terangkan secara ringkas.

Kenapa sebelum ini air minuman tersebut hanya punyai dua cawangan di Shah Alam dan Setapak? Kerana tiada permintaan.

Kenapa pula selepas itu, cawangan air minuman tersebut banyak dibuka di seluruh Malaysia?

Mudah kerana permintaan yang tinggi dan kurang penawaran. Jadi air minuman itu perlu membuka cawangan baru bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan dan mengekalkan aspek relevan.

Mungkin anda dah faham apa itu penawaran dan permintaan secara ringkas. Sekarang sudah tiba masanya untuk anda memahami bagaimana penawaran dan permintaan berfungsi.

Ada satu keyword yang perlu anda tahu. Apa keyword tu?

Kita jumpa di artikel selanjutnya. Apa-apapun, stay tuned.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.

www.buyrolexreplicawatchess.com

luxurywatch.io will be your best choice watches.

https://www.swissreplicas.co/ are all found here.