kecairan aset

Konsep Kecairan Aset

Isi Kandungan :

Kecairan (liquidity) bermaksud tahap kesenangan sesuatu aset itu bertukar menjadi wang tunai. Aset boleh dikategorikan aset fizikal atau aset berbentuk wang.

Dalam kewangan peribadi, perlu periksa sama ada aset yang dipegang itu mudah dicairkan (mudah ditunaikan) atau mengambil masa untuk ditunaikan.

Perlu diingati, memegang aset itu bagus. Memegang aset yang mudah cair (high liquidity), lagi bagus.

Apa itu aset mudah cair?

Aset-aset yang mudah alih. Contoh; wang tunai, simpanan tunai, akaun semasa, amanah saham atau saham.

Apa itu aset tidak mudar cair?

Aset-aset yang sukar mudah alih. Contoh; rumah, kereta atau komoditi.

Maksud boleh alih adalah pergerakan satu harta dari akaun ini ke akaun itu dalam masa 1-3 hari. Contoh; simpanan tunai, simpanan semasa. Amanah saham seperti ASB boleh mudah alih dalam masa 24 jam. Amanah saham syarikat swasta, perlu beberapa hari untuk dicairkan.

Nilai pelaburan/simpanan dalam takaful perlu masa untuk dicairkan. Lebih kurang 5 hari waktu bekerja. Rumah pula mengambil masa 3-6 untuk ditukarkan ke bentuk wang tunai.

Aset Jangka Masa Pendek & Aset Jangka Masa Panjang

Kebiasannya terma ini digunakan dalam ilmu perakaunan. Jangka masa pendek atau panjang bergantung pada tahap kecairan aset itu.

Semakin cepat dan mudah ditukarkan kepada tunai, bermaksud aset tersebut mempunyai ‘kecairan’ yang tinggi.

Aset seperti rumah, adalah aset yang sukar dicairkan. Penjualan rumah mempunyai proses yang panjang sebelum wang tunai boleh diterima di tangan penjual.  Ini adalah contoh aset jangka masa panjang.

Aset seperti wang tunai atau wang pelaburan adalah aset yang sangat cair. Ia jatuh di bawah kategori aset jangka masa pendek. Contoh lain, adalah unit amanah dan takaful berkaitan pelaburan (ini juga dikategorikan dalam aset).

Unit amanah memerlukan masa 3-14 hari bekerja untuk ditukarkan menjadi tunai. Begitu juga aspek pelaburan nilai tunai dalam skim takaful berkaitan pelaburan. Setiap syarikat takaful mempunyai cara kerja piawaian (standard of procedure: SOP) tersendiri, memboleh pencarum takaful menerima tunai.

Mempunyai aset yang mempunyai ‘kecairan’ yang tinggi mempunyai kelebihan ketika ekonomi meleset. Banyak aset yang dijual pada harga diskaun semasa krisis ekonomi seperti saham, hartanah dan lain-lain. Kecairan aset yang tinggi memudahkan pelabur untuk berpindah dari satu pelaburan ke pelaburan yang lain.

Selain itu, mungkin ada yang telah menggunakan tabung kecemasan sehingga habis. Pilihan seterusnya adalah menjual pelaburan yang ada.

Topik seterusnya: Jenis-jenis Aset

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.