LaburSantai
defi

Kripto dan Blockchain Akan Merubah Dunia Kewangan?

Isi Kandungan :

Bitcoin mula mendapat perhatian semenjak krisis kewangan 2008. Ada yang mengatakan kenaikan Bitcoin adalah kesan pemberontakan terhadap sistem kewangan. Tetapi kenaikan Bitcoin hanyalah permulaan.

Teknologi disebalik Bitcoin iaitu blockchain telah membuka satu lembaran baharu dalam dunia kewangan. Konsep Desentralisasi Kewangan (DeFi) kini semakin popular di mana matlamatnya adalah untuk membuang orang tengah dalam sistem kewangan.

Bayangkan anda tidak perlu lagi menunggu pegawai memberikan kelulusan kepada pinjaman, anda boleh membuka akaun dalam masa beberapa saat sahaja, pengiriman wang ke luar negara tidak lagi memakan masa berhari-hari. Inilah yang mampu dicapai dengan DeFi yang mana mustahil untuk dicapai 10 tahun lalu.

Apa itu DeFi?

DeFi adalah transisi daripada sistem kewangan tradisional yang berpusat kepada sistem kewangan peer-to-peer yang dibina di atas teknologi blockchain.

Salah satu contoh sistem DeFi adalah Open Banking. Setiap pengguna perlu ada dompet digital dan dompet ini digunakan untuk membuat transaksi dalam ekosistem DeFi.

Masih tidak jelas dengan DeFi? Mari lihat contoh ini.

Katakan anda membeli belah di pasar raya dan membuat pembayaran menggunakan kad debit. Anda perlu pindahkan wang daripada bank anda kepada bank pasar raya melalui rangkaian pembayaran seperti VISA atau Mastercard. Ini bermakna mekanisme pembayaran tersebut berpusat (mahu atau tidak perlu lalu VISA atau Mastercard)

Dalam ekosistem DeFi, anda boleh membuat pembayaran terus ke dompet digital pasar raya. Transaksi tersebut akan disahkan melalui lejar dalam Blockchain yang tidak dimiliki oleh sesiapa.

Bagaimana DeFi Berfungsi?

Smart Contract yang ada dalam rangkaian Ethereum adalah kunci utama DeFi.

Smart Contract adalah satu program yang akan melaksanakan sesuatu tindakan apabila peristiwa tertentu berlaku. Kondisi tertentu boleh ditetapkan di mana jika ia dipenuhi, secara automatik tindakan seperti penerimaan dan penghantaran wang akan dijalankan.

Sebagai contoh anda boleh menetapkan pelaburan dibuat apabila amaun dalam dompet anda bernilai USD1,000. Atau pinjaman diluluskan secara automatik jika pemohon melepasi syarat yang telah ditetapkan.

Dengan adanya Smart Contract, peranan orang tengah tidak lagi diperlukan. Tiada lagi pegawai diperlukan untuk meluluskan pinjaman, meluluskan permohonan insurans atau pembukaan akaun bank.

Aplikasi DeFi

Setakat ini terdapat beberapa syarikat DeFi yang menyediakan solusi baharu dalam dunia kewangan.

Argent –  Sistem Perbankan

Argent ialah dompet digital yang bertujuan memberi orang ramai kawalan ke atas aset dan identiti digital mereka. Antara fungsi menarik adalah Argent membenarkan pengguna menggunakan ‘penjaga’ iaitu rakan atau peranti yang dipercayai bagi meluluskan transaksi ke alamat yang tidak dipercayai.

Aave – Perkhidmatan pinjaman

Aave membolehkan pengguna memperoleh faedah daripada mata wang kripto mereka. Jika anda memiliki matawang kripto yang tidak digunakan, anda boleh memberikan pinjaman kepada orang lain. Dengan memberikan pinjaman, anda akan mendapat keuntungan melalui faedah.

Semua transaksi pinjaman ini akan tersimpan di dalam lejar Blockchain dan disahkan oleh pihak ketiga. 

Nexus Mutual – Insurans

Nexus Mutual sedang membina alternatif kepada insurans, di mana komuniti boleh mengumpulkan dana mereka dan berkongsi risiko. Apabila pengguna mendepositkan dana ke dalam Smart Contract, ada risiko bahawa kontrak tersebut mempunyai pepijat dalam kod. Jadi Nexus akan membayar tuntutan jika kontrak pintar digodam.

Peluang dan Masa Depan DeFi

Dengan menghapuskan orang tengah dalam sistem kewangan, DeFi menyasarkan untuk menjadi lebih pantas, selamat, murah dan tersedia berbanding sistem kewangan tradisional.

Situasi DeFi hari ini sama seperti ledakan teknologi internet sekitar tahun 1998-2002. Harga saham Amazon pada 1997 adalah USD1.73, selepas 24 tahun harga saham Amazon meningkat kepada USD 3,500. Jika anda labur USD300 dalam Amazon dahulu, nilai pelaburan anda sekarang sekitar USD300,000.

DeFi masih lagi berada di peringkat awal, jika anda menjadi antara pelabur terawal, potensi keuntungan adalah sangat tinggi. 

Tetapi harus diingatkan risikonya juga tinggi. Tidak semua projek dan syarikat dalam DeFi akan berjaya. Sebab itu sangat penting untuk kita melakukan kajian dan penyelidikan yang mendalam sebelum melabur dalam DeFi.

Antara sumber rujukan dalam Bahasa Melayu yang bagus untuk anda belajar selok belok dalam dunia kripto dan DeFi adalah laman Crepetoast. Artikel dalam blog ini sangat mudah difahami terutamanya bagi pemula.

Selain itu Crepetoast juga menyediakan pelbagai jenis screener yang membantu pelabur membuat keputusan pelaburan dengan lebih baik.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.