harga gula

Macam Mana Harga Gula Boleh Naik Guna Supply Curve

Isi Kandungan :

Berdasarkan artikel yang lepas, mesti ramai tertanya-tanya bagaimana supply curve boleh berlaku. Hari ini saya akan terangkan dengan kefahaman yang lebih mudah.

Terkadang kita rasa pelik sebab ada satu barang ni bila harga turun asyik habis je.

Tapi bila harga naik tiba-tiba makin banyak pula barang tu.

Benda ni buat kita sampai anggap peniaga ni sorok barang.

Sebenarnya tak, dekat sinilah supply curve memainkan peranannya.

Dekat bawah ni saya ada bagi dua contoh mudah.

Musang King naik harga sebab Supply Curve

Katakanlah satu hari tu anda pergi ke kedai jual durian.

Anda pun bertanya kepada pemilik kedai tersebut berapa harga durian mengikut jenisnya. Lantas anda berasa sedikit aneh sehingga timbul persoalan mengapa harga durian Musang King lebih mahal berbanding durian kampung.

Tambah pelik lagi, walaupun Musang King mahal tetapi ianya tetap dapat dijual dengan banyak.

Anda pulang ke rumah lalu terus capai ipad untuk buat sedikit research mengenai kenapa harga durian ada murah dan mahal. Dekat situ anda temui sesuatu seperti Musang King sangat renyah dijaga dan mudah rosak manakala durian kampung begitu mudah dijaga.

Maka anda perlukan kos yang agak banyak untuk memastikan durian Musang King dapat dihasilkan dengan kualiti tinggi. Kalau ada perasan beberapa di kebun durian, anda akan ternampak buah durian diikat gunakan tali.

Cara tersebut adalah untuk memastikan durian Musang King tidak rosak apabila sudah matang kelak kerana tidak terus jatuh ke tanah. Itulah antara sebab mengapa harga dua durian ini berbeza.

Jadi apa kaitannya dengan supply curve?

Mudah, penjual ataupun pembekal akan mengeluarkan stok lebih banyak apabila harga meningkat untuk dapatkan keuntungan maksima.

Masih lagi tak faham, tak apa.

Peniaga sorokkan gula atau guna supply curve?

Ingat tak, dulu sekitar zaman 2009 kalau tak silap kita pernah menghadapi krisis gula. Masa tu dekat semua kedai, gula memang sudah kehabisan stok.

Kalau ada pun kita tidak dibenarkan untuk membeli gula dengan banyak. Ada kedai buat peraturan tidak masuk akal seperti 1kg gula untuk seorang dan sekeluarga.

Tambah malang lagi, situasi itu terjadi ketika bulan Ramadan. Memang ramailah berpusu-pusu cari gula sebagai sebahagian persediaan untuk buat kuih sempena hari raya nanti.

Apa yang peliknya, lepas je raya stok gula terus melimpah ruah dengan harga sedikit mahal. Malah kita sendiri bebas untuk membeli gula sebanyak mana yang dimahukan.

Kenapa secara tiba-tiba pula stok gula boleh jadi banyak?

Peniaga ni sorok barang ke, kerja nak untung je.

Ehh jangan negatif sampai macam gitu.

Jawapannya mudah iaitu supply curve.

Bermakna pemilik kedai runcit tersebut hanya akan mengeluarkan stok apabila harga barangan seperti gula semakin meningkat.

Selepas ini anda tidak perlu berasa pelik apabila melihat produk yang dikeluarkan begitu banyak tetapi masih lagi mampu dijual dengan harga begitu tinggi.

Namun semuanya bergantung kepada pasaran juga, selagi mana harga tinggi itu mampu bertahan selama mungkin, selagi itu bekalan stok tidak akan putus.

Kalau stok tiba-tiba putus ataupun berkurangkan mungkin pasaran telah menunjukkan harga sesuatu produk itu mungkin sedang menurun.

Kepada anda semua, dah faham apa itu supply curve?

Kalau tak faham saya ulang sekali lagi secara ringkas.

Supply curve adalah tindakan penjual yang nak keluarkan banyak stok ketika harga sedang tinggi.

Persoalan sekarang bagaimana pula harga ditentukan?

Ok itu anda kena tunggu artikel akan datang.

Apa-apapun stay tuned.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.