LaburSantai
maksud akaun cds

Maksud Akaun CDS

Isi Kandungan :

Membuka akaun CDS adalah langkah paling penting sebelum mulakan pelaburan saham.

Tiada akaun CDS anda tidak boleh melabur saham.

Apa itu akaun CDS?

Kalau akaun bank biasa digunakan untuk menyimpan duit, akaun CDS pula fungsinya sebagai tempat menyimpan saham-saham yang dibeli. Semua urusan jual beli saham akan dijalankan melalui akaun CDS ini. Mana-mana individu yang berumur 18 tahun ke atas sudah layak untuk membuka akaun ini.

 Berapa kos untuk membuka akaun CDS?

Kosnya hanya RM10 sahaja, malah ada sesetengah syarikat yang menawarkan pembukaan akaun percuma ketika promosi.

 Di mana nak buka akaun CDS?

Akaun CDS boleh dibuka dengan mana-mana broker yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Namun, perkara paling utama adalah anda perlu memilih broker yang patuh syariah (memilih yang halal itu fardhu).

Senarai penuh syarikat-syarikat broker yang sah boleh dilihat di laman web Bursa Malaysia.

Setelah mengenal pasti syarikat broker, bagi urusan pembukaan akaun, ia boleh dilakukan di cawangan broker tersebut. Sebagai contoh cawangan-cawangan Maybank Investment Bank hanya terdapat di Kuala Lumpur, Selangor (Klang, Petaling Jaya), Perak (Ipoh), Negeri Sembilan (Seremban) dan Pulau Pinang (Penang).

Bagaimana pula bagi mereka yang menetap di kawasan yang tidak mempunyai sebarang cawangan?

Anda ada dua pilihan, yang pertama anda boleh mencari remisier/dealer (ibarat agen-agen kepada syarikat broker) daripada mana-mana syarikat broker. Selain itu, ada juga sesetengah syarikat broker mempunyai share investment/trading center di cawangan-cawangan bank mereka seperti Maybank dan CIMB.

Langkah terakhir adalah mengisi borang dan membuat bayaran RM10 bagi tujuan pembukaan akaun. Dalam masa 2-3 hari anda sudah boleh mula melabur saham!

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.