LaburSantai
maksud riba

Maksud Riba Dalam Islam

Isi Kandungan :

CakapWang Riba.png

Riba bermaksud pertambahan. Riba boleh dilihat dalam beberapa kategori.

Riba Fadhl

Sejenis riba berdasarkan barang-barang ribawi. Riba boleh berlaku jika berbeza dari segi pertukaran berat dan bilangan. Barang-barang Ribawi adalah seperti emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam. Ini dijelaskan dalam hadis Nabi Muhammad SAW.

Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar kontan (tunai). Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba. Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa.

(Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Pertukarannya perlu sama (contoh: barli dan barli), sama kuantiti dan berlaku secara ‘spot’, iaitu tangan ke tangan. Berlaku pada waktu itu juga, tanpa bertangguh. (spot: bermaksud berlaku dengan segera pada waktu ketika urusniaga itu sedang dijalankan)

Jika berlainan jenis (barli dan kurma), perlu secara ‘spot’.

CakapWang Jadual Barangan Riba.png
CakapWang Penjelasan Riba.png

Pembelian 1kg gandum dengan matawang, contohnya Ringgit Malaysia tiada isu Riba. Tetapi jika urusniaga gandum dan barli, urusniaga tersebut perlu dilangsungkan ketika itu juga (spot).

Riba Nasi’ah

Penangguhan penyerahan atau penerimaan jenis barang Ribawi yang dipertukarkan dengan jenis barang Ribawi lainnya. Riba Nasi’ah muncul kerana adanya perbezaan, perubahan, atau tambahan antara yang diserahkan saat ini dan yang diserahkan kemudian.

Contoh:

CakapWang Riba Nasiah.png

Isteri Tuan A mahu tukar 100g emas jongkong dengan isteri Tuan B, sebanyak 100g emas perhiasan. Berat mestilah sama dan barang itu perlu ada ketika transaksi itu berlaku. Ini  adalah contoh transaksi bebas daripada riba.

Beza Riba Fadh & Riba Nasi’ah

Jika salah seorang mengurangkan berat emas yang hendak ditukar – itu riba Fadhl.

CakapWang Riba Fadhl.png

Jika salah seorang melambatkan transaksi (hari ini 50g, esok 50g) – itu riba Nasiah.

CakapWang Riba Nasi'ah.png

Riba Qardh

Suatu lebihan tertentu yang disyaratkan terhadap yang berhutang. Ia telah disyaratkan pada awal perjanjian.

Contoh: “Ali ingin meminjam dari Abu sebanyak RM100. Abu telah mengenakan syarat, “Nanti kau pulang, bagi RM110.”

CakapWang Riba Qardh.png

Perjanjian ini telah ada pra-syarat. Ini adalah contoh riba Qardh. Kita perlu hati-hati apabila meminjam dari orang. Ada waktu tak sedar telah membuat perjanjian riba:

“Aku pinjamkan kereta aku kepada kau. Nanti kau pulangkan, minyak full tank erk.”

Riba Jahilliyyah

Adalah lebihan bayaran (contoh: dalam bentuk denda) disebabkan peminjam gagal membayar pada tempoh sepatutnya.

Contoh: “Aku pinjamkan kau RM100. Kalau lewat bayar dalam masa seminggu, kau kena bayar RM150.”

CakapWang Riba Jahiliyah

Hari ini, banyak riba berlaku pada pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan juga pada akaun simpanan kita – tanpa kita sedar.

Topik seterusnya: Contoh-contoh Riba

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.