durian kampung

Market Equilibrium Dan Harga Durian Kampung

Isi Kandungan :

Dalam dua artikel yang lepas, kita sudah belajar secara lebih detail mengenai harga keseimbangan.

Sekarang kita kena tahu lagi satu keseimbangan iaitu keseimbangan pasaran (market equilibrium) serta beberapa cirinya.

Keseimbangan pasaran ini juga akan tunjukkan dekat kita macam mana peniaga dan pembeli berfungsi. Jadi ayuh kita ikuti contoh yang saya berikan di bawah.

Kita semua tahu durian adalah buah kegemaran rakyat Malaysia dan terdapat banyak jenis durian yang dijual dipasaran.

Jika anda perhatikan, ada pelanggan yang tidak kisah untuk membayar sedikit mahal untuk sebijik durian terutamanya bagi jenis Musang King.

Senang cerita mungkin anda merasakan Musang King harga Tel Aviv teramat mahal tapi ada sesetengah orang okay sahaja dengan harga tersebut.

Perkara sebegini juga terpakai kepada barang-barang lain.

Kita ambil contoh durian sekali lagi.

Durian Kampung misalnya akan dinikmati golongan pekerja kerana harganya yang agak murah.

Semua ini membawa makna apabila harga sesebuah produk itu berubah maka pengguna akhir juga akan turut berubah.

Bagaimana pula daripada sudut pandang penawaran?

Kalau anda sudah memahami cara supply curve berfungsi, jawapannya akan jadi begitu mudah.

Bayangkan sekumpulan peniaga menjual durian kampung dengan cukup murah tetapi masih lagi mampu menjana keuntungan kerana kos penghasilan durian kampung sangat murah.

Kesannya permintaan akan melebihi penawaran. Maka peniaga boleh menaikkan sedikit harga durian sehingga mencapai harga standard.

Tapi bergantung juga, jika sudah dijual dengan harga standard yang dikatakan agak murah, boleh dinaikkan secara relevan dan begitu jugalah sebaliknya.

Jadi peniaga dapat memaksimakan untung tetapi dalam masa yang sama dapat meminimumkan kos pengeluaran. Dekat sini kita boleh melihat peniaga dan pembeli berfungsi.

Peniaga akan cuba meminimumkan kos dengan harga terendah manakala pembeli pula akan membeli produk yang sesuai dengan selera mereka.

Masalahnya sekarang, pelanggan yang peka akan rasa tertipu apabila barang yang dibeli agak mahal.

Jadi keseimbangan pasaran akan memainkan peranannya bagi memastikan kos barang yang dihasilkan menghampiri harga kos barangan yang dibeli.

Secara ringkasnya, peniaga dan pembeli akan bertindak mengikut kepentingan masing-masing. Mungkin ada yang anggap peniaga akan jual mahal dan pembeli akan beli yang murah.

Salah tanggapan tersebut.

Peniaga akan cuba meminimumkan kos tetapi dalam masa yang sama mampu hasilkan produk berkualiti tinggi.

Para pembeli pula akan terus membeli asalkan produk itu berkualiti lantas memberi keuntungan maksima kepada peniaga.

Jika peniaga itu cuba menjual tempoyak dengan harga yang sedikit mahal kerana menggunakan durian musang king, ianya adalah satu tindakan agak dangkal.

Ianya kerana permintaan terhadap tempoyak durian musang king begitu sedikit.

Malahan ramai peniaga gemar menghasilkan tempoyak menggunakan durian kampung kerana harganya yang murah dan banyak isi.

Apa yang boleh disimpulkan adalah keseimbangan pasaran akan dapat dicapai apabila kos penghasilan sesuatu produk sama dengan produk yang dibeli.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.