tangguh kepuasan

Menangguhkan Kepuasan Untuk Masa Depan

Isi Kandungan :

Delayed Gratification atau dalam bahasa Melayu bermaksud menangguhkan kepuasan adalah sikap positif, di mana kita mengorbankan keseronokan hari ini untuk kepuasan pada masa akan datang.

“The ability to discipline yourself to delay gratification in the short term in order to enjoy greater rewards in the long term, is the indispensable prerequisite for success.”

Brian Tracy

Konsep ini sebenarnya sudah ada dalam ajaran Islam itu sendiri, seorang Muslim menangguhkan kepuasan kehidupan di dunia dan sabar dengan dugaan untuk menerima ganjaran yang hebat ketika di akhirat kelak.

Eksperimen Marshmallow

Eksperimen ini dijalankan oleh profesor di Stanford bernama Wilter Mischel. Ujian ini dikendalikan kepada kanak-kanak berumur 4-5 tahun. Tujuan eksperimen ini dijalankan adalah untuk melihat sikap kanak-kanak ketika kecil dan impaknya menjelang dewasa dari segi kesihatan, kewangan dan kejayaan.

Setiap kanak-kanak diberikan seketul marshmallow dan diberikan syarat penting. Penyelidik memberitahu yang beliau akan meninggalkan sebentar dan akan kembali semula ke bilik ujian tersebut.

Jika kanak-kanak tidak makan marshmallow yang diberikan, mereka akan diberikan seketul lagi marshmallow. Jika makan, tiada marshmallow kedua diberikan.

marshmallow
Kredit: SPSP Talks

Penyelidik meninggalkan bilik tersebut selama 15 minit. Ada kanak-kanak melompat riang dan makan terus marshmallow. Hanya ada beberapa orang sahaja yang menunggu sepanjang tempoh tersebut.

Penyelidik kemudian mengikuti perkembangan kanak-kanak tersebut selama 40 tahun. Beliau mendapati kanak-kanak yang sabar menunggu marshmallow kedua mempunyai kecenderungan untuk cemerlang dalam bidang diceburi.

Eksperimen ini menunjukkan bahawa sikap mengawal kehendak untuk tujuan lebih besar membantu dalam kehidupan. Untuk berjaya dalam pengurusan kewangan pada masa akan datang memerlukan disiplin pada hari ini.

Latih diri untuk Tangguhkan Kepuasan

Ada beberapa tips melatih diri mempunyai sikap menangguhkan kepuasan;

  1. Mulakan dengan sedikit. Latih diri untuk katakan ‘tidak’ pada perbelanjaan yang kecil dan kehendak, sebagai persediaan akan datang.
  2. Ubah 1% untuk capai 100%. Pastikan ada peningkatan walaupun kecil. Ini lebih baik daripada tiada apa-apa perubahan.
  3. Istiqamah. Konsisten pada perkara kecil adalah kunci kejayaan kewangan kukuh.

Topik seterusnya: Berapa Nilai Kekayaan Anda?

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.