LaburSantai
pendapatan halal

Mencipta Kewangan: Mencari Yang Halal

Isi Kandungan :

Asas pembentukan kewangan peribadi yang mapan adalah bagaimana mula mencipta kewangan. Maksud di sini adalah apakah sumber utama mendapatkan wang.

Sebagai seorang Muslim wajiblah kita mengetahui apakah sumber kewangan yang bakal digunakan seharian. Adakah sumber kewangan kita dari sumber yang dibenarkan syarak atau tidak dibenarkan?

Isu berkenaan hasil kerja kita adalah halal dan haram adalah isu yang sensitif kerana ianya menyentuh ‘periuk nasi’ atau punca rezeki.

Pernah dahulu kecoh dikatakan bekerja di bank tidak elok kerana terlibat dengan sumber-sumber riba dalam skala yang besar. Ada juga mengecam pekerjaan pramugara/pramugari, kerana dalam industri perkhidmatan terlibat dengan penyediaan alkohol. Begitu juga dengan pekerja sebuah rangkaian makanan segera popular.  Imej tidak baik kerana syarikat itu dikhabarkan dengan penglibatan pemberian dana kepada pergerakan Yahudi.

Di sini tugas kita sebaik-baiknya tidak menghakimi sumber pendapatan seseorang itu halal atau haram. Biarlah masing-masing rujuk kepada pakar-pakar, pendapat ulama dan ustaz-ustaz. Mereka lebih alim (berpengetahuan).

Lebih baik jaga hal sendiri. Periksa semula adakah wang yang diterima setiap bulan adalah betul-betul sumbernya benar di sisi Syariah. Tidak bercampur-baur.

Tuntutan Mencari Yang Halal

Ya, sebagai seorang khalifah Allah mencari yang terbaik untuk diri sendiri dan yang penting untuk keluarga.

“Tidak akan bergeser kedua kaki anak Adam di hari kiamat dari sisi RabbNya, hingga dia ditanya tentang lima perkara (yaitu): tentang umurnya untuk apa ia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa ia gunakan, tentang hartanya dari mana ia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) ia belanjakan serta apa saja yang telah ia amalkan dari ilmu yang dimilikinya.”

(Hadis Sahih Riwayat At-Tirmidzi)

Adalah menjadi tanggungjawab seorang Muslim mencari yang halal dalam setiap aspek kehidupan. Semak semula sumber pendapatan kita, jika ada perkara yang kita kurang pasti bertanyalah kepada ahlinya. Hasil pendapatan ini bukan sahaja digunakan untuk diri sendiri, tetapi kita nak berikan kepada ahli keluarga kita. Sudah pasti kita mahu berikan daripada sumber yang halal dan baik.

Topik seterusnya: Jenis-jenis Sumber Kewangan

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.