LaburSantai
nasi putih

Nasi Bujang Dan Kenaikan Tangga Gaji

Isi Kandungan :

Pernah tak zaman belajar di universiti dahulu, anda menikmati nasi bujang?

Boleh dikatakan nasi putih yang disertakan dengan telur, sup kosong dan sambal belacan ini merupakan makanan penyelamat bagi pelajar apabila wang sudah berada di hujung tanduk selain maggi.

Malahan terkadang menjadi pilihan majoriti pelajar kerana harganya semurah RM2.50 terutamannya bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di bandar-bandar besar.

Jadi apa kaitan antara nasi bujang dengan perkara yang akan saya ulas hari ini?

Ok tidak mengapa, saya akan bagi contoh yang seterusnya.

Mcdonald’s, KFC Dan Kenaikan Gaji

Lepas sahaja habis belajar, rezeki anda murah apabila mula diterima kerja.

Gaji anda pula ketika itu melangkaui pendapatan minima yang sepatutnya diterima oleh graduan baru lepasan universiti.

Bulan demi bulan, gaji anda semakin kukuh dan mula terfikir, tak kan mahu makan nasi bujang lagi.

Maka dengan itu anda mula menikmati makanan yang berharga mahal sedikit berbanding nasi bujang.

Jadi nasi bujang yang selalu menjadi peneman anda sewaktu di universiti, anda tinggalkan.

Kini anda beralih arah pula kepada Mcdonald.

Apa yang boleh diambil daripada contoh di atas?

Ya betul, kenaikan gaji kadang kala membuatkan permintaan terhadap sesuatu produk itu semakin menurun.

Hal ini demikian kerana kenaikan gaji akan membuatkan kita memilih makanan yang lebih mahal sedikit berbanding sebelum ini.

Perkara ini juga terpakai buat produk ataupun perkhidmatan lain.

Seperti artikel sebelum ini, saya ada memberikan contoh mengenai kehadiran restoran makanan segera iaitu KFC di Kerayong.

Pembukaan KFC itu menandakan berlaku pertambahan pendapatan di sana.

Secara tidak langsung, permintaan terhadap produk-produk KFC juga semakin meningkat.

Macam Mana Nak Buat Permintaan Terhadap Nasi Bujang Kembali Meningkat?

Jadi sekarang macam mana kita nak lihat permintaan terhadap nasi bujang kembali meningkat, memandangkan zaman covid ini pelajar tidak berada di universiti?

Kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga barang secara mendadak boleh membuatkan permintaan terhadap nasi bujang kembali meningkat.

Tapi rasanya macam ketara sangat.

Ok saya bagi contoh lain.

Nasi Bajet Dan Krisis Ekonomi

Ketika pulang ke Pasir Gudang Johor, saya lihat begitu banyak gerai tepi jalan yang menjual nasi bajet dengan harga RM4.00 sebungkus.

Saya pun rasa curios lalu membeli sebungkus nasi bajet.

Apa yang membuatkan saya terkejut adalah portion nasi, sayur yang banyak dan ayam goreng di jual dengan cukup murah.

Esoknya saya datang kembali untuk membeli nasi bajet tetapi sudah sold out.

Menurut brader tu, nasi bajet mereka akan senantiasa sold out.

Jadi saya dapat kesimpulan bahawasanya krisis ekonomi angkara covid dan kos sara hidup di Pasir Gudang yang tinggi bikin permintaan terhadap nasi bajet meningkat.

Macam mana pula dengan perubahan populasi boleh buat permintaan menurun? Tunggu artikel seterusnya.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.