LaburSantai
pelaburan pasif

Pelaburan Adalah Aktiviti Yang Membosankan

Isi Kandungan :

Dalam mencari strategi pelaburan terbaik, orang ramai akan fokus kepada 2 perkara, pulangan dan masa. Majoritinya mencari strategi pelaburan yang mampu memberikan pulangan tertinggi dalam masa paling singkat.

Tayang untung 100% dalam 3 hari, beribu-ribu orang daftar nak belajar strategi tersebut. Kalau seminggu boleh dapat 100%, sebulan dah 400%, setahun dah 4,800%. Logik ke?

Jeff Bezos pernah tanya satusoalan ini kepada Warren Buffet, “Strategi pelaburan sangat mudah..Anda orang kedua terkaya dunia dan ia sangat mudah. Kenapa orang tidak tiru anda”

Buffet jawap: “Sebab tiada orang nak kaya lambat”

Ya, itulah hakikatnya. Manusia ni tamak dan tidak sabar. Semua benda nak cepat. Kesabaran adalah sifat yang semakin hilang dalam dunia moden ini.

Jadi tidak peliklah bila ramai yang tertipu dengan skim cepat kaya. Kalau pelabur terkaya dunia pun hanya mampu capai 20%+ sahaja pulangan setiap tahun, apa yang membuatkan kita mampu mengatasi angka tersebut?

Sebagai orang biasa, yang tidak banyak ilmu pengetahuan tentang selok belok pelaburan, tiada masa nak buat analisis, apakah strategi pelaburan terbaik? Jawapannya adalah menjadi pelabur pasif.

Siapa Pelabur Pasif?

Pasif adalah kata lawan kepada aktif. Jika pelabur aktif kerap berjual beli dalam pelaburan, maka pelabur pasif kurang berjual beli.

Pelabur pasif adalah orang yang malas. Mereka tidak fokus kepada bila nak berjual beli dalam pelaburan. Strategi utama mereka adalah beli dan simpan, fokus kepada jangka masa panjang. Mereka tak semak pelaburan hari-hari sama ada untung atau tidak.

Lazimnya pelabur pasif akan membeli dana indeks di mana strategi ini adalah cubaan untuk menyamai pulangan pasaran berbanding mengalahkan pasaran.

Sebagai contoh jika kita melabur RM1,000 dalam indeks KLCI pada tahun 1984 dan simpan sehingga 2014, nilai pelaburan kita akan meningkat kepada RM5,000 tanpa kita perlu membuat apa-apa.

Tak perlu kaji syarikat apa nak beli, buat analisa teknikal atau menghadap skrin laptop setiap hari. Dengan buat benda ni sahaja dah boleh dapat pulangan sekitar 8-9% setiap tahun. Okay tak?

Kalau tanya saya sangat-sangat okay. Pulangannya lebih tinggi daripada ASB (sekarang ASB hanya mampu beri sekitar 5% sahaja), tapi strateginya sangat mudah.

Selain itu, dengan kurangnya aktiviti berjual beli, anda boleh mengurangkan kos pelaburan.

Beli saham ada caj broker lebih kurang 0.3-0.7%, beli amanah saham ada caj 1-2% kalau anda beli online dan 3-5% kalau beli dengan ejen. Jadi kalau anda kerap berjual beli, semakin banyaklah caj yang perlu dibayar.

Pelabur pasif akan cuba meminimakan kos pelaburan.

Cuba lihat kira-kira ini bagaimana fi boleh menyebabkan pelabur ‘rugi’ ratusan ribu.

Bagaimana Nak Jadi Pelabur Pasif?

Anda boleh bermula dengan membeli Exchanged Traded Fund (ETF) di Bursa Malaysia. Untuk membeli ETF anda perlu ada akaun CDS.

Kalau dah ada akaun CDS, anda boleh lihat senarai ETF yang ada di Bursa Malaysia di sini.

Pilihan lain adalah dengan menggunakan robo advisor.

Robo advisor di Malaysia menggunakan ETF dalam portfolio pelaburannya. Contohnya kalau anda melabur dalam Wahed, portfolio anda terdiri daripada ETF di Malaysia dan juga di Amerika Syarikat. Selain ETF saham, ada juga ETF yang track pergerakan pelaburan emas.

Itulah dia strategi bagaimana nak jadi pelabur pasif. Beli ETF dan simpan. Sangat mudah tapi berpotensi beri pulangan 8-9% setahun.

Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan pelaburan aktiviti yang membosankan. Memang bosan pun. Tidak kompleks macam yang dibayangkan orang ramai.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.